12 Istana Jepun Yang Masih Kekal Asli

Jepun mempunyai lebih dari 300 buah istana, tetapi tahukah anda, cuma 12 buah sahaja yang masih dapat kekalkan binaan asal menara utamanya atau tenshu biarpun melalui peperangan, gempa bumi, panahan kilat, dan sebagainya.

Selebihnya hanya mengekalkan sebahagian kecil bangunan sahaja atau cuma telah tinggal tapak dan kesan bangunan sahaja dan ada yang dibina semula.

1. Himeji Castle, Hyogo Prefecture

Toyotomi Hideyoshi telah membina sebuah istana kecil di sini semasa kempen meluaskan wilayahnya dari tahun 1577 hingga 1580.

Walaubagaimanapun, setelah Battle of Sekigahara, Kawasan Harima yang terletak di barat Hyogo Prefecture telah jatuh ke tangan musuh beliau iaitu Ikeda Terumasa. Ikeda menggabungkan beberapa tembok batu ke istana Hideyoshi dan anda boleh lagi melihat kesan binaan istana kecil Hideyoshi di sini.

Himeji Castle dan kawasan istana ini dibina dengan lebih besar lagi pada zaman Ikeda seperti yang ada kini.

Istana Himeji Castle, Shirasagi-jo bermaksud “White Heron Castle,” kerana

warnanya yang putih dan kelihatan seakan-akan bangau yang juga merupakan simbol burung kepada bandar Himeji serta mewakili warna bunga orkid yang menjadi simbol bandar Himeji.

Himeji Castle diberikan status Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1993.

Himeji Castle adalah contoh istana Jepun yang paling hebat kerana keindahan senibinanya, penjagaannya dan pengekalan struktur asal bangunannya yang tidak dapat ditandingi di seluruh Jepun.

Himeji Castle boleh dijadikan day trip tour dari Hiroshima, Osaka atau Kyoto.

Akses: Dari Himeji Station berjalan kaki sekitar 20 minit atau menaiki bas 100 yen atau teksi 650 yen.

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Bayaran: 1000 yen (castle), 1040 yen (castle, Kokoen Garden)

2. Matsuyama Castle, Ehime Prefecture

Istana asalnya dibina pada tahun 1603 oleh Kato Yoshiaki. Istana ini memiliki 5 buah menara utama atau tenshu dan telah dialihkan ke Aizu semasa Kato dipindahkan ke sana pada tahun 1627.

Setelah itu, Matsuyama Castle adalah di bawah Tadachika Gamoh dan semasa zaman beliau, pembinaan ninomaru istana kedua yang bertindak sebagai kompleks pertahanan luar telah disiapkan dan tidak lama selepas itu beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan waris.

Pada tahun 1635, Matsudaira Sadayuki berpindah ke Matsuyama Castle dan keluarga ini telah memerintah kawasan ini sehingga tamat zaman feudal.

Sadayuki telah membina semula menara utama dengan 3 tingkat pada tahun 1642. Menjelang tahun baru 1784, menara utama ini telah terbakar akibat panahan kilat. Sehinggalah pada tahun 1820, pembinaan menara utama dimulakan dan siap sepenuhnya pada tahun 1854. Sejak tahun 1926 kebanyakan menara, pagar dan struktur bangunan ini musnah akibat dibakar dan dibom pada perang dunia ke-2.

Matsudaira Sadaaki adalah saudara kepada shogun Tokugawa dan mewakili pihak shogun Tokugawa dalam beberapa peperangan semasa zaman peralihan Meiji (1868). Semasa pihak raja mendapat kuasa pemerintahan, Sadaaki menjadi orang yang dikehendaki dan dianggap sebagai musuh kepada raja. Untuk elak peperangan, dia bersetuju menyerah dan membiarkan askar diraja memasuki istana. Sementara itu, beliau telah mendapatkan perlindungan di Joshinji Temple, Matsuyama. Keikhlasan Sadaaki diterima dan Matsuyama Castle telah selamat dari diserang.

Pada tahun 1923, keluarga Matsudaira telah menyerahkan Matsuyama Castle kepada pihak bandar Matsuyama dan kerja-kerja membaiki struktur asal dan membina semula binaan yang telah dimusnahkan.

Ini adalah salah satu istana yang menarik untuk dikunjungi selepas Himeji Castle kerana kita masih boleh lihat penggunaan kayu di dinding luarnya yang memberikan perasaan yang unik serta bersejarah sedangkan kebanyakan istana lain dibina semula dengan menggunakan konkrit.

Akses: Dari JR Matsuyama Station menaiki tram ke Okaido (10 minit, 160 yen) atau Matsuyama-shi Station (5 minit, 160 yen) dan dari Okaido ke Matsuyama Castle menaiki ropeway atau chairlift.

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Bayaran: 510 yen

3. Matsumoto Castle, Nagano Prefecture

Sejarah Matsumoto Castle bermula dengan sebuah istana yang dinamakan Fukashi Castle, dibina oleh Shimada Sadanaha pada tahun 1504. Istana ini telah diserang dan diambil alih oleh Takeda Shingen pada tahun 1550 sehinggalah pada tahun 1590 apabila Hideyoshi Toyotomi mengambil alih Odawara Castle pada tahun 1590. Ishikawa Kazumasa telah ditempatkan di Matsumoto untuk memerintah wilayah timur bagi pihak Hideyoshi Toyotomi.

Matsumoto Castle yang ada kini adalah yang asal dari tahun ianya dibina iaitu 1590.

Matsumoto Castle juga adalah istana yang menarik kerana masih kekal sehingga kini dengan binaan asalnya, merupakan istana yang dibina atas kawasan yang mendatar atau hirajiro dan ianya adalah National Treasure atau kokuho.

Akses: Dari Matsumoto Station berjalan kaki sekitar 15 minit atau menaiki bas Town Sneaker Northern Course Bus (5 minit).

Waktu operasi: 8:30AM-5:00PM

Bayaran: 610 yen

4. Hikone Castle, Shiga Prefecture

Setelah memenangi Battle of Sekigahara, Ii Naomasa telah dianugerahkan Sawayama Castle dan kawasan persekitarannya. Oleh kerana lokasi yang tidak strategik dan keadaan istana yang telah uzur, beliau telah mengarahkan pembinaan Hikone Castle.

Malangnya, Namosa meninggal dunia tidak lama selepas proses pembinaan dimulakan dan anak beliau iaitu Naotsugu atau dikenali sebaga Naokatsu telah mengambil alih istana ini. Pembinaan mengambil masa selama 20 tahun dan siap semasa istana ini dibawah Naotaka iaitu adik kepada Naotsugu pada tahun 1615.

Menara utama Hikone Castle terkenal kerana menggunakan pelbagai jenis atap dan teknik pembinaan yang berjaya mengukuhkan lagi istana ini. Menara utama adalah bersambung denga yagura (turrets) iaitu menara bucu dan ianya disenaraikan dalam National Treasures.

Keluarga Ii telah berjaya mengekalkan kuasa mereka di sini lebih dari 250 tahun iaitu dari zaman permulaan Edo sehingga ke penghujung zaman peralihan Meiji.

Akses: 15 minit berjalan kaki dari Hikone Station

Waktu operasi: 8:30AM-5:00PM

Bayaran: 600 yen (castle, garden), 1000 yen (castle, garden, museum)

5. Matsue Castle, Shimane Prefecture

Setelah kemenangan Horio Yoshiharu dalam Battle of Sekigahara pada tahun 1600, beliau telah dianugerahkan tanah di sekitat Izumo. Setelah keluarga Horio memerintah selama 3 generasi, berpindah kepada keluarga Kyogoku dan seterusnya ke bawah kuasa cucu Tokugawa Ieyasu iaitu Matsudaira Naomasa. Keluarga Matsudaira memerintah selama 234 tahun sehinggalah dimusnahkan pada zaman pemulihan Meiji iaitu antara tahun 1868-1912. Walaubagaimanapun, menara utama Matsue Castle masih terpelihara sehingga ke hari ini.

Matsue Castle masih dalam keadaan baik dan ianya adalah contoh borogata-style. Ada dua jenis tenshu atau menara kawalan dalam senibina istana Jepun iaitu borogata dan sotogata.

Borogata adalah menara kawalan yang mempunyai menara tinjau dan banyak dinding yang dibina dengan tindihan batu dan serta mampunyai corong, manakala sotogata adalah menara yang bertingkat-tingkat.

Terletak berhampiran Matsue Castle adalah Lafcadio Hearn iaitu sebuah rumah lama samurai yang amat menarik untuk dilawati.

Akses: Dari JR Matsue Station naik Lake Line loop bus dan turun di Ichibata Dentetsu’s Matsue-Shinjiko Onsen Station, dari sini berjalan kaki selama 15 minit.

Waktu operasi: 8:30AM-6:30PM

Bayaran: 560 yen (50% diskaun untuk pelancong), 1000 yen (termasuk Hearn Museum and Residence)

6. Hirosaki Castle, Aomori Prefecture

Semasa Siege of Odawara pada tahun 1590 iaitu kempen Hideyoshi Toyotomi dalam menjatuhkan puak Hojo, Oura Tamenobu telah dianugaerahkan dengan tanah di sekitar Hirosaki. Beliau telah menukar namanya kepada Tsugaru dan memulakan pembinaan Hirosaki Castle pada tahun 1603.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1604 dan diambil alih oleh anaknya Tsugaru Nobuhira dan kerja pembinaan dijalankan semula pada tahun 1609. Beliau berjaya menyiapkan istana ini dalam masa satu tahun sahaja dengan menggunakan bahan-bahan dari Horikoshi Castle dan Oura Castle.

Menara utama tiga tingkat di Hirosaki Castle ini kelihatan kecil tidak sepadan dengan keluasan kawasannya.

Pada asalnya, Hirosaki Castle telah dibina setinggi lima tingkat, namun telah dipanah petir dan terbakar pada tahun 1627. Menara utama tiga tingkat ini sebenarnya adalah menara kawalan iaitu Ninomaru Tatsumi Yagura yang telah diubahsuai.

Puak Tsugaru kekal memerintah di sini sehinggalah diambil alih oleh pihak kerajaan semasa zaman peralihan Meiji.

Di wilayah Tohoku, cuma Hirosaki Castle yang masih kekal asli dan menjadikan ianya sebagai harta warisan yang sangat terkenal di wilayah ini. Selain itu, sebanyak 2600 pokok sakura menjadikan kawasan ini menjadi tumpuan ramai semasa musim sakura.

Buat masa ini, menara utama ini telah dialihkan sejauh 70 meter dari tapak asalnya bagi 100 tahun pertama kerja pemuliharaannya dan akan diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas 5 tahun dari tarikh ianya dialihkan. Jangka masa keseluruhan pemuliharaannya adalah selama 10 tahun.

Akses: Dari Hirosaki Station naik Dotemachi Loop Bus (perjalanan bas 15 minit) dan turun di hentian bas Shiyakushomae.

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Bayaran: 310 yen (castle), 510 yen (castle, botanical garden dan Fujita Memorial Garden)

7. Bitchu Matsuyama Castle, Okayama Prefecture

Bitchu Matsuyama Castle merupakan istana yang terletak di kedudukan yang paling tinggi iaitu setinggi 480 meter dan ketinggiannya dari paras laut adalah 1575 kaki.

Akiba Shigenobu telah membina istana yang pertama pada tahun 1240 dan pada tahun 1331, Takahashi Muneyasu telah membina Matsuyama Castle yang pertama di sini.

Menara utamanya dan yagura (turrets) iaitu menara bucu yang kekal pada hari ini adalah hasil binaan Mizunoya Katsutaka pada tahun 1683. Tidak banyak menara dengan ketinggian cuma 2 tingkat, namun dengan lokasinya yang terletak tinggi di atas gunung ini, tidak perlu ianya dibina dengan tinggi lagi.

Setelah pemerintahan puak Mizunoya, beberapa pembesar lain telah mengambil alih istana ini sehinggalah ianya jatuh ke tangan Itakura Katsuyoshi pada tahun 1744 dan diambil alih oleh kerajaan pada zaman pemulihan Meiji pada tahun 1868.

Bitchu Matsuyama adalah kecil dan mempunyai sedikit bangunan lain dalam kawasannya, namun dinding batu dan pemandangan di atas gunung ini membuatkannya begitu istimewa.

Akses: Dari Takahashi Bus Centre yang terletak bersebelahan Bitchu-Takahashi Station, ambil Youme Town Shuttle Bus (100 yen) atau Takahashi City Loop Bus (160 yen) dan turun di Matsuyamajo Tojohuchi atau Matsuyamajo Tozanguchi dan perjalanan berjalan kaki sejauh 2km atau sekitar 1 jam dari hentian bas ini.

Waktu operasi: 9:00AM-5:30PM

Bayaran: 300 yen (castle only), 900 yen (castle bersama Raikyuji Temple, 2 Samurai Mansions dan Takahashi Historical Museum).

8. Inuyama Castle, Aichi Prefecture

Inuyama Castle telah diasaskan pada tahun 1537 oleh pakcik kepada Oda Nobunaga iaitu Oda Nobuyasu.

Menurut catatan sejarah pada zaman Heian (794-1185) yang dinamakan Enkishiki tapak asal Inuyama Castle adalah bekas sebuah kuil yang dinamakan Harigane Jinja dan kuil ini telah dialihkan ke Shirayamadaira bagi memberi laluan untuk pembinaan Inuyama Castle. Ini bermakna Inuyama Castle bukanlah bangunan yang baru dibina tetapi berasal dari sebuah kuil dan menara utamanya pula telah dipinsahkan ke sini dari lokasi asalnya di Kanayama Castle.

Setelah Toyotomi Hideyoshi mengambil alih Odawara, beliau telah menempatkan Ishikawa Sadakiyo di Inuyama Castle. Setelah kekalahan dalam Battle of Sekigahara, Ishikawa telah ditumpaskan dan Matsudaira Tadayoshi (yang telah membina Kiyosu Castle) telah menempatkan Ogasawara Yoshitsugu di Inuyama Castle. Pada tahun 1616, Ogasawara telah digantikan dengan Naruse Masanari dan keluarga ini masih mempunyai hak milik terhadap istana ini hingga ke hari ini.

Inuyama Castle terkenal kerana ia merupakan satu-satunya istana yang dimiliki oleh pihak persendirian biarpun sebelum ini pernah diambil alih oleh pihak kerajaan Meiji dan dipulangkan semula kepada keluarga Naruse pada tahun 1895 selepas musnah teruk dalam gempa bumi pada tahun 1891 dengan syarat mereka menjaga dan memulihara istana ini selamanya. Donjon atau menara utamanya adalah yang paling lama di Jepun dan kekal sehingga kini.

Akses: 15-20 minit perjalanan kaki dari Inuyama Station

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Bayaran: 550 yen (1300 yen termasuk Uraken Garden)

9. Kochi Castle, Kochi Prefecture

Pembinaan Kochi Castle bermula pada tahun 1601 apabila Yamanouchi Kazutoyo ditempatkan di Tosa iaitu nama asal bagi Kochi Prefecture.

Walaupun menetap di Urado Castle, tetapi beliau telah membuat keputusan untuk membina Kochi Castle di tempat yang ada pada hari ini. 2 tahun selepas itu, beliau menetap di menara utama di Kochi Castle selepas menara utama dan struktur utama telah disiapkan. Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1611.

Kebanyakan bangunan di istana ini termasuk menara utama telah rebah ke bumi dalam kebakaran teruk pada tahun 1727. Menara utama yang ada sekarang telah dibina semula pada tahun 1748 dan siap pada tahun 1753.

Kochi Castle istimewa kerana kesemua struktur honmaru atau kawasan yang paling dalam atau teratas di istana ini adalah kekal asli.

Kebanyakan istana di Jepun mempunyai 3 bahagian iaitu honmaru (本丸), ninomaru (二の丸) dan sannomaru (三の丸). Honmaru adalah kawasan yang paling dalam atau teratas diikuti ninomaru dan sannomaru.

Selain itu, menara utama atau donjon di Kochi Castle tidak digunakan untuk tujuan peperangan sahaja tetapi sebagai kediaman dan ini adalah berbeza dengan istana-istana lain di Jepun apabila pemerintah lebih selesa menetap di bangunan lain selain menara di istana.

Kochi Castle diabaikan sehinggalah proses pembaikpulihan dijalankan antara tahun 1948 dan 1959. Pemandangan dari atas ini membolehkan kita melihat bandar Kochi dan penggunaan kayu menyerlahkan senibina zaman Edo.

Akses: Dari Kochi Station menaiki tram dan transit di Harimayabashi dan turun di Kochijo-mae (perjalanan tram 15 minit, 200 yen).

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Bayaran: 420 yen

10. Maruoka Castle, Fukui Prefecture

Maruoka Castle telah dibina oleh Shibata Katsuie pada tahun 1576 dan pernah dimiliki oleh seramai 17 orang pembesar termasuklah Aoyama Shurinsuke, Honda Narishige dan Arima Kiyosumi sehingga zaman pemulihan Meiji.

Menaranya pernah runtuh menjadi rata akibat gempa bumi pada tahun 1948 dan dibina semula pada tahun 1955 menggunakan 80% dari bahan asal binaannya.

Menara 3 tingkat dengan binaan kayu untuk bahagian dalamannya, atap berasaskan batu dan terletak di atas bukit. Saiz dan hiasan dalamannya menyerupai Inuyama Castle.

Di bawah bukit ini terletak sebuah muzium sejarah yang mempamerkan bahan-bahan sejarah yang berkaitan dengan pemilik-pemilik istana ini.

Maruoka Castle dikatakan dalam keadaan yang sepenuhnya asli dan menjadikan ianya sebagai yang tertua dan masih kekal asli di Jepun dan disenaraikan sebagai Important Cultural Property.

Akses: Dari Fukui Station menaiki bas hala ke Honmaruoka (perjalanan bas 40 minit, 640 yen, 2 bas setiap jam).

Dari Maruoka Station menaiki bas hala ke Honmaruoka (perjalanan bas 15 minit, 200 yen, 1-3 bas setiap jam).

Maruoka Castle terletak kira-kira 5-10 minit perjalanan kaki dari hentian bas ini.

Waktu operasi: 8:00AM-5:00PM

Bayaran: 300 yen termasuk muzium

11. Uwajima Castle, Ehime

Todo Takatora telah membina istana ini setelah dianugerahkan tanah jajahan yang kecil di kawasan ini oleh Toyotomi Hideyoshi pada tahun 1595. Selepas Battle of Sekigahara pada tahun 1600, Todo Takatora telah berpindah ke Imabari dan menyerahkan istana ini kepada Tomita Nobutaka.

Dari tahun 1615 sehingga zaman pemulihan Meiji pada tahun 1868, Uwajima Castle dikuasai oleh Date Hidemune dan warisnya.

Bangunan dan struktur istana ini kekal sama sejak zaman Todo Takatora dan Date cuma melengkapkan lagi istana ini dengan beberapa yagura atau menara, pintu gerbang dan dinding baru.

Akses: 10-15 minit perjalanan kaki dari Uwajima Station dan untuk ke menara utama tambahan 10-15 minit perjalanan kaki.

Waktu operasi: 6:00AM-6:30PM

Bayaran: Percuma

12. Marugame Castle, Kagawa Prefecture

Nama lain bagi Marugame Castle adalah Kameya Castle.

Ikoma Chikamasa adalah pemerintah Sanuki area iaitu nama lama bagi Kagawa Prefecture dan asalnya beliau memerintah dari Takamatsu Castle. Setelah Marugame Castle siap, beliau meletakkan anaknya di Takamatsu Castle sedangkan beliau berpindah ke Marugame Castle.

Marugame Castle telah menarik keluar Marugame Castle bagi mematuhi undang-undang Tokugawa 1615 yang meletakkan syarat 1 istana bagi 1 pemerintah dalam 1 wilayah jajahan.

Marugame Castle telah dibangunkan semula pada tahun 1641 setelah Yamazaki Ieharu dianugerahkan tanah jajahan kecil di bahagian barat Sanuki setelah Sanuki dipecahkan menjadi 2 bahagian. Beliau telah membina semula istana ini sebagaimana yang ada pada hari ini dan membangunkan kawasan sekitar Marugame Castle.

Marugame terletak di atas bukit dan dari atas anda boleh melihat pemandangan Seto Inland Sea. Marugame Castle cantik terutamanya ketika musim sakura kerana terdapat kira-kira 1000 pokok di tanam di kawasan istana ini.

Akses: 15 minit perjalanan kaki dari Marugame Station dan terdapat bas yang beroperasi dari stesyen ini ke hentian bas Marugamejo-mae yang terletak di hadapan kawasan istana ini. Perjalanan bas 5 minit, tambang dan bayaran tambang 200 yen.

Waktu operasi: 9:00AM-4:30PM

Bayaran masuk: 200 yen