14 Lokasi Menikmati Keindahan Mt Fuji

Ada banyak cara untuk menikmati keindahan dan pemandangan Mt Fuji. Antaranya ialah:

1) Bersiar-siar menaiki retrobus/omnibus mengelilingi Lake Kawaguchi (Kawaguchiko), Lake Sai (Saiko) dan Lake Motosu (Motosuko).

Saya rekomen beli 2 days pass bernilai 1200 yen/dewasa dan 600 yen/child atau kalau bermalam di area Kawaguchiko dan nak lebih enjoy sila beli all line pass untuk 2 hari yang bernilai 1500 yen/adult dan 750 yen/child. Pass ini boleh dibeli daripada pemandu bas. Maklumat lanjut sila klik link di bawah:

http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/

2) Mendaki atau menaiki ropeway ke puncak Mt Tenjo. Kalau pada musim bunga hydrangea iaitu sekitar pertengahan Julai hingga awal Ogos saya rekomen untuk hiking sekitar dalam masa 70 minit (kalau tak larat, boleh buat one-way hiking, one-way menaiki ropeway)

http://www.kachikachiyama-ropeway.com/en/

3) Menaiki basikal sewa dan ronda-ronda di Lake Kawaguchi dan Lake Sai.

http://fuji-bb.jp/welcome/

4) Memakai pakaian tradisional Jepun seperti kimono dan mengambil gambar berlatarbelakangkan perkampungan lama di Jepun dan Mt Fuji di Saiko Iyashi No Sato Nenba. Harga sewa 1000 yen/pax dan untuk ke sini boleh menaiki retrobus/omnibus. Bayaran masuk ke Saiko Iyashi No Sato Nenba adalah 350 yen/adult dan 150 yen/child. Link ni adalah kupon jimat 50 yen seorang.

http://www.fujisan.ne.jp/iyashi/waribikiken2017.pdf

5) Menaiki ropeway di Hakone Area. Saya rekomen untuk beli Hakone Free Pass (2 hari) atau sekiranya anda bermalam dan mahu lebih lama di sini boleh beli Fuji Hakone Pass (3 hari).

Maklumat lanjut pass tersebut adalah seperti link di bawah:

http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone/

http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/fujihakone/

6) Dengan menggunakan pass di atas, anda boleh juga menikmati pemandangan Mt Fuji dari cruise di Lake Ashi (Ashiko).

7) Pilihan ini memang kegemaran kaki shopping iaitu membeli-belah di Gotemba Premium Outlet yang berlatarbelakangkan Mt Fuji. Sekiranya anda mahu shopping sahaja dan tidak mahu melawat area Gotemba yang lain, saya syorkan beli sahaja tiket bas dari Tokyo Station ke Gotemba Premium Outlet bernilai 2880 yen/adult untuk tiket bas direct pergi dan pulang atau boleh pilih terminal bas lain yang berdekatan hotel anda seperti link di bawah:

http://www.premiumoutlets.co.jp/m/en/gotemba/access/bus/bus.html

8) Sambil bermain di Taman Tema Fuji-Q Highland yang mempunyai roller coaster yang memegang rekod dunia. Bagi yang suka sesuatu yang thrill, ini memang tempat yang wajib anda pergi sekiranya ke Jepun. Tiket masuk dewasa bernilai 1500 yen, free pass 5700 yen dan night free pass 3400 yen.

http://www.fujiq.jp/en/

Sekiranya bawa anak kecil, lebih sesuai masuk ke Thomas Land sahaja yang terletak di dalam kawasan Fuji-Q Highland juga.

https://www.fujiq.jp/en/attraction/thomas.html

9) Menikmati keindahan 8 buah tasik yang kecil hasil dari salji di Mt Fuji yang cair di Oshino Hakkai. Sesiapa yang minat memancing, di sini ada aktiviti untuk memancing dan pelbagai aktiviti lain lagi seperti hiking

Ada bas dari Shinjuku untuk ke sini yang mengambil masa selama 140 minit atau dari Fujisan Station yang mengambil masa 25 minit atau dari Gotemba Station yang mengambil masa 50 minit.

http://www.vill.oshino.yamanashi.jp/8lake.html

10) Menikmati pemandangan Mt Fuji dari Lake Yamanaka (Yamanakako). Boleh juga menaiki bas amphibious di sini. Maklumat lanjut di link di bawah:

http://en.kaba-bus.com

11) Pada yang minat bunga, silakan ke Yamanakako Hana No Miyako untuk pemandangan lautan bunga dan Mt Fuji.

Kedudukan tempat ini berhampiran dengan Oshino Hakkai dan Lake Yamanaka, jadi boleh combine ketiga-tiga tempat ini.

Tulip: Mid April-Mid May

Anual Baby’s breath: Mid June-Mid July

Poppy: Early-Mid July

Bunga matahari : Mid-End Aug

Cosmos: Late July-Early Oct

http://www.hananomiyakokouen.jp

12) Kalau ada anak-anak kecil, atau bagi peminat wildlife, boleh ke Fuji Safari Park. Ada bas ke sini dari Mishima Station (50 minit), Gotemba Station (35 minit), Fuji Station (60 minit), Tokyo Station via Gotemba Station (135 minit) dan Shinjuku Station via Gotemba Station (135 minit). Tiket dewasa bernilai 2700 yen, kanak-kanak (4-15 tahun) 1500 yen dan wargamas 65 tahun ke atas 2000 yen.

http://www.fujisafari.co.jp

13) Menaiki Fuji Subaru Line 5th Station atau teruskan pendakian ke puncak Mt Fuji. Kebiasaannya, kalau luar musim pendakian, menaiki kenderaan sendiri adalah opsyen yang utama selain menaiki bas persiaran atau menaiki shuttle bas dari Kawaguchiko Station ke sini. Harga tiket bas round trip dari Kawaguchiko Station dan Fujisan Station adalah 2100 yen. Sila lihat link di bawah untuk maklumat lanjut:

http://subaruline.jp/e/access.html

14) Arakura Sengen Shrine juga memberikan pemandangan Mt Fuji yang sangat indah terutamanya pada musim luruh dan sakura. Untuk ke Chureito Pagoda, boleh mulakan hiking selama 15 minit sahaja dari stesyen kereta paling hampir iaitu Shimo Yoshida Station yang terletak di Fujikyu Railway Line (35 minit dari Otsuki Station dengan tambang 960 yen atau 10 minit dengan tambang 300 yen dari Kawaguchiko Station).

http://www.arakurasengen.com

Semoga tips ini membantu, terima kasih.