Pelbagai Cara Untuk ke Historic Villages of Shirakawagō

Ini adalah beberapa cara untuk akses ke Historic Villages of Shirakawago dan pilih ikut kesesuaian masa, itinerari dan bajet anda seperti yang akan saya terangkan di bawah:

Takayama old town

Pilihan 1

Takayama Hokuriku Pass, Total Kos Pengangkutan 14000 yen

Pass selama 5 hari ini merangkumi perjalanan dari Kansai Airport Station ke Osaka, Kyoto, Fukui, Kanazawa, Toyama dan Nagoya.

Sekiranya anda memilih untuk singgah di beberapa destinasi seperti di Osaka, Kyoto, Fukui, Kanazawa, Toyama, Nagoya, Takayama dan Shirakawago, saya rekomen untuk Takayama Hokuriku Tourist Area Pass 14000 yen.

Memberikan pengalaman menaiki Hokuriku Shinkansen antara Kanazawa dan Toyama (non-reserved seat).

Pass ini perlu dibeli di Malaysia (luar Jepun) melalui ejen jualan yang sah.

Maklumat lanjut sila baca di sini:

http://touristpass.jp/en/takayama_hokuriku/

Pilihan 2

Shoryudo Highway Bus Pass, Total Kos Pengangkutan 7500 yen (3 hari), 13000 yen (5 hari)

Pilihan ini sesuai sekiranya anda memulakan perjalanan dari Nagoya.

Menggunakan pass selama 3 hari ini, anda boleh ke Takayama, Shirakawago, Toyama dan Kanazawa. Pass 5 hari memberikan tambahan tempat ke Gokayama, Shinhotaka dan Matsumoto.

Pass ini boleh dibeli secara online di sini:

https://www.japanican.com/en/tour/list?typecd=PRA&kw=shoryudo&utm_source=NagoyaT&utm_medium=Link&utm_campaign=OfficialHP

Pilihan 3

Pilihan ini sesuai sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa dan mahu terus bersiar-siar di Takayama dan Shirakawago sahaja.

Ex-Tokyo (Shinjuku) 6690 yen (sehala). Menariknya, dari Tokyo (Shinjuku) ada bas malam, boleh jimat sedikit kos penginapan. Pembelian tiket boleh dibuat di:

http://willerexpress.com

Ex-Osaka 4700 yen (sehala) dan ex-Kyoto 4200 yen (sehala). Pembelian tiket boleh dibuat di:

http://willerexpress.com

Dari Takayama anda perlu membeli tiket bas untuk pergi dan balik ke Shirakawago dengan kos sebanyak 2470 yen (sehala). Pembelian tiket boleh di buat di sini:

https://japanbusonline.com/

Atau ambil tour bus bersama takayama j hoppers dengan harga 4400 yen atau 3900 yen sekiranya anda menginap di sini. Pembelian tiket boleh dibuat di sini:

http://takayama.j-hoppers.com/?l=en

Pilihan 4

Sekiranya anda dari Narita Airport atau kawasan berdekatan dan mahu terus ke Shirakawago dengan menaiki bas malam untuk menjimatkan masa (vice versa), pilihan ini memang sesuai iaitu menaiki bas malam dari Narita Airport ke Toyama Station dengan kos sebanyak 5700 yen sehala, dan kemudian menaiki tren dari Toyama Station ke Takayama Station sebanyak 1660 yen (transit di Inotani Station). Pembelian tiket bas Narita Airport-Toyama Station boleh di buat di sini dan pembelian tiket tren menggunakan IC seperti Suica/Pasmo/Icoca atau beli tiket di stesyen:

http://willerexpress.com

Powder snow di Shirakawago