Autumn Lite Up, Cara Menikmati Musim Luruh Pada Waktu Malam

Semasa musim luruh, waktu siang adalah agak pendek. Namun, ada cara untuk menikmati musim luruh pada waktu malam iaitu semasa lite up event.

Antara tempat yang menarik untuk kita lihat lite up event ini adalah seperti:

1) Menaiki keretapi khas atau sampan tradisional pada waktu malam

Contoh: Sagano Romantic Train di Kyoto dan sampan tradisional di Ritsurin Garden, Kagawa.

http://sagano-kanko.co.jp

https://www.my-kagawa.jp/ritsuringarden

2) Taman Jepun

Contoh: Korakuen di Okayama dan Rikugien di Tokyo.

http://okayama-korakuen.jp

http://www.tokyo-park.or.jp/park/format/index031.html

3) Kawasan istana

Contoh: Tsurugajo, Fukushima.

http://www.tsurugajo.com

4) Kuil

Contoh: Kasuga Taisha Shrine di Nara.

http://www.kasugataisha.or.jp

Sila pastikan itinerari anda dan cari lite up event yang berdekatan kerana di setiap daerah terdapat banyak tempat yang mengadakan acara ini.

Jangan lepaskan peluang, biarpun waktu siang pada musim luruh adalah pendek, tetapi acara seperti ini membuatkan waktu malam pun boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk bersiar-siar. Pastikan pakaian anda sesuai dan rehat mesti cukup juga supaya kita kekal sihat semasa melancong.

Semoga tips ini membantu, terima kasih.