Bayu Series

Saya nak share barangan wajib saya beli ketika melancong ke Jepun iaitu keluaran Bayu Series seperti gambar di bawah. Harga set ini adalah anggaran ¥4500 sahaja dan medical cream anggaran ¥1000 yen sahaja.

1) Set di dalam kotak ini adalah shampoo, treatment dan body soap. Shampoo ini sangat baik dan sesuai untuk yang berambut kering, rapuh dan mudah gugur. Shampoo ini boleh tahan sekitar 1-2 bulan, tengok pada penggunaan. Terdapat juga pilihan belian tanpa set dan dengan bekas yang lebih besar. Jangan salah beli yang damage hair pula.

2)Treatment pula, sapukan di hujung-hujung rambut sahaja tanpa menyentuh kulit kepala selepas anda bilas shampoo tadi. Biarkan sebentar di kepala dan bilas. Sebaiknya gunakan air biasa (bukan warm water) semasa mencuci rambut. Treatment ini boleh tahan lebih kurang 6 bulan tengok pada penggunaan.

3) Sabun badan ini pula, baik untuk melembapkan kulit, sesuai untuk yang berkulit kering.

4) Medical Cream sangat mujarab untuk yang mempunyai masalah kulit kering, ekzema dan sebagainya.

5) Hand cream mempunyai beberapa saiz dan sesuai untuk melembapkan kulit. Ini adalah item wajib saya semasa travel kerana yang bersaiz kecil uni boleh dimasukkan ke dalam beg tangan dan boleh di bawa masuk ke dalam pesawat.

Produk ini bersumberkan dari lemak kuda yang telah diproses, sesiapa yang meragui untuk memakainya sebagai kegunaan luaran, sila abaikan post ini✌🏻

Produk ini untuk kegunaan luaran ukan untuk dimakan. Bersihkan sebelum menunaikan solat dan ibadah lain.

http://kemusykilan.islam.gov.my/v2/index_jawapan.php?ids=878&q=

Selamat membeli dan mencuba. Semoga anda semua mendapat manfaatnya. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan