Omotenashi-Japanese Hospitality and Etiquette

Saya nak share beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sekiranya ingin melawat negeri matahari terbit iaitu Jepun dan mungkin juga boleh digunapakai untuk negara2 lain:

1)Jaga adab budi bicara kita kerana sebagai pelancong, ketika melancong ke luar negara kita bertanggungjawab sebagai duta kecil negara yang membawa nama baik negara kita cintai; Malaysia.

2)Jepun adalah bangsa yang memikirkan orang lain. Contohnya, selepas menggunakan toilet mereka akan membersihkannya untuk kegunaan orang selepas itu. Terbalik dengan cara kita yang bersihkan toilet untuk kegunaan sendiri, selepas itu kita x ambil tahu dah. Nak buat apa2 fikirkan orang lain terlebih dahulu serta hormat kerja/tugas orang lain. Ini adalah basic. Kalau kita boleh buat benda ni, yang lain menjadi mudah.

3)Rendahkan suara ketika bercakap kerana Jepun amat sensitif dengan bunyi. Bagi kita mungkin x bising dan okay jer, tapi tidak bagi orang Jepun, suara yang kita anggap sederhana tu boleh akibatkan mereka tidak boleh tidur. Basicnya kembali kepada fikirkan orang lain. Orang Jepun tidak boleh tolerate dengan bunyi, so kita hendaklah berubah menjadi orang yang sangat lemah lembut ketika bersuara di Jepun nnt. Especially kalau yang menginap di airbnb mahupun hotel, mereka yang travel dalam kumpulan atau yang bawa kanak2. Jalan tu jangan sampai orang bawah/sebelah dengar. Jangan ketuk2 dinding n lantai. Jangan hempas pintu. Jangan guna mesin basuh, dryer selepas jam 10PM. Jepun ada Noise Regulation Law tau…

4)Sekiranya mengambil wudhu di tandas awam, sila keringkan kembali lantai. Sink bukan tempat untuk basuh kaki. Sila bawa botol spray dan spray di kawasan padang. Lebih baik adalah cara menyapu khuf. Basicnya adalah fikirkan orang lain yang menjadi tidak selesa sekiranya tandas menjadi basah kerana budaya di sana tandas mestilah kering.

5)Asingkan sampah mengikut pembahagian yang sepatutnya. Kurangkan dari membuat sampah kerana tong sampah di Jepun amat kurang. Di Jepun, sekiranya botol kaca mcm kicap, penutupnya plastik hendaklah diasingkan, kertas yang melekat dibotol pun diasingkan dan basuh botol kaca terlebih dahulu barulah ianya sedia untuk buang. Owner hotel, airbnb dan guesthouse memang x sudi menerima bahan tinggalan makanan anda yang tidak habis. Yang menginap di airbnb, dorm dan guesthouse bersihkan common area dan kitchen selepas menggunakannya. Yang menginap di hotel pun jangan pula buat kotoran yang susah nak dibersihkan. Kalau dah buat kotoran, sila bersihkan.Basicnya adalah fikirkan orang lain yang terpaksa asingkan pula sampah anda itu kerana sampah akan mendatangkan pencemaran bau serta penyebaran bakteria.

6)Sekiranya membawa anak yang pakai diaper, najis dibuang terlebih dahulu dalam tandas dan pam, kemudian diaper di gulung dan diikat dengan getah lalu dimasukkan dalam plastik dan ikat. Bukan campurkan dengan sampah makanan dan sebagainya. Sebab tu diaper di Jepun di jual siap dengan pelekat/getah ikatan supaya kurang bau dan ada dijual plastik sampah untuk diaper yang boleh kurangkan bau dan pembiakan bakteria. Basicnya adalah fikirkan orang yang bekerja di bahagian pelupusan sampah yang terpaksa mengasingkan pula najis nanti serta fikirkan pencemaran bau dan bakteria.

7)Sekiranya makan di restoren, selesai makan dan bayar, keluar segera supaya orang lain yang menunggu boleh masuk pula. Sila pastikan samada kedai/restoren tersebut memerlukan kita pulangkan tray, peralatan seperti pinggan etc dan buang sampah. Pastikan meja kita bersih dari sampah yang kita dah buat menggunakan cleaning wipe yang biasa disediakan di kedai/restoren Jepun, kemas mana yang boleh. Oshibori atau wet/hot towel (biasanya sapu tangan warna putih yg basah dan digulungkan) jangan gunakan untuk lap meja, yang itu untuk lap tangan/muka sahaja (sekiranya tiada make up). Pekerja restoren/kedai terpaksa buat banyak kerja sekiranya kita tidak menjalankan kewajipan kita. Nak masuk tu sekiranya kena tanggal kasut sila susun kasut dan letak di tempat sepatutnya. Kalau di hotel/guesthouse dan anda tidak mengambil pakej breakfast, jangan duduk di kawasan breakfast kerana tempat itu untuk orang yang makan sahaja. Jangan tapau makanan / minuman buffet.

8)Berbaris adalah benda biasa dan tidak perlu saya sebutkan lagi cuma nak ingatkan jangan baris depan pintu train/lif dan benarkan yang berada di dalam untuk keluar terlebih dahulu. Barisan bayaran di supermarket dan convenient store (konbini) ada disediakan seal arahan di lantai atau digantung, patuhi arahan tersebut.

9)Jepun kuat merokok, tetapi mereka merokok di tempat yang disediakan dan bukan merata2 tempat, kena saman nanti sekiranya ingkar.

10) Sekiranya membeli-belah, jangan buka packing sesuka hati, sila panggil salesgirl untuk membantu.

 

11) Belajar untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita, ucapannya mudah sahaja iaitu “arigato gozaimas” or cakap jer “thank you” diorang masih boleh faham.

12) Sila ambil insurans perjalanan. Kos perubatan di Jepun amat mahal. Sekiranya tidak fit untuk travel, sila tangguhkan dulu perjalanan. Perlu ada tabung kecemasan atau card credit kerana kebiasaan amalan syarikat insurans adalah pay the bill first, then claim.

13)Sekiranya berlaku kes kerosakan/kecuaian, sila laporkan pada tuan empunya, mengaku dan bertanggungjawab atas kerosakan/kecuaian yang telah kita buat. Jangan sebabkan orang lain pula yang kena tanggung kesannya akibat kecuaian/kesalahan kita.

15) Bagi yg travel dalam group, be punctual dan tidak membiarkan orang lain tertunggu2 kita kerana masa semua orang adalah amat berharga.

16) Declare bilangan orang yang menginap di hotel/hostel/airbnb/guesthouse. Jangan bawa sorok-sorok. Kerana semua bilangan dimasukkan dalam insurans semasa penginapan dan sekiranya terjadi apa2 mereka akan dipersalahkan oleh pihak kerajaan nanti. Sama juga ketika menyewa kereta, jangan melebihi had penumpang dibenarkan dan nama pemandu hendaklah didaftarkan ketika proses meminjam.

Simple sahaja, betul tak? Basicnya adalah fikirkan orang lain sebelum diri, hormat kerja/tugas orang lain, serta,
Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Biasa juga orang kata:
When in Rome, do as the Romans do.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Every land has its own laws.
Lain lubuk, lain ikannya.

Sila praktikkan dan enjoy your trip!