Dolphin Show di Kansai

Kalau ke luar negara, biasanya kita akan melawat tempat-tempat yang tidak ada di negara kita, contohnya melihat dolphin show. Ini adalah beberapa tempat di daerah Kansai yang menarik untuk melihat dolphin show.

1) Adventure World of Shirahama, Wakayama Prefecture

Adventure World of Shirahama adalah taman haiwan liar yang luas, mempunyai taman safari dan taman tema permainan selain dolphin show dan juga penguin show.

Pada tahun ini acara Winter Night diadakan pada 17 November 2017-22 Disember 2017.

Sekiranya anda mempunyai JR Pass atau JR Kansai Wide Area Pass sila lawati Shirahama kerana ada banyak lagi tarikan di sini selain Adventure World of Shirahama.

Waktu operasi: 9:30AM-5:00PM (*kebiasaanya tutup pada hari rabu)

Bayaran masuk: 4500 yen (dewasa)

Akses: JR Shirahama Station dan ambil bas kira-kira 10 minit perjalanan.

Maklumat lanjut berkaitan akses, harga tiket, masa lawatan dan sebagainya boleh dibaca di sini:

http://www.aws-s.com

2) Suma Aqualife Park Kobe, Hyogo Prefecture

Terletak di Hyogo Prefecture, mengikut sejarah, telah dibuka pada tahun 1897 iaitu kira-kira 120 tahun yang lalu tetapi menggunakan nama yang berbeza. Suma Aqualife Park Kobe yang kini, menyambut ulangtahun yang ke 60 pada tahun 2017.

Menariknya, aquarium ini menganjurkan acara khas pada musim sejuk yang dinamakan Illuminage pada 2 Disember 2017-12 Februari 2018. Anda boleh melawat aquarium ini serta menyaksikan dolphin show pada waktu malam pada tarikh tersebut.

Waktu operasi:

Bayaran masuk: 1300 yen (dewasa)

Akses: Suma Kaihin Koen Station atau Tsukimiyama Station

Maklumat lanjut berkaitan akses, harga tiket, masa lawatan dan sebagainya boleh dibaca di sini:

http://sumasui.jp/abroad/english.html

3) Misaki Koen, Osaka Prefecture

Misaki Koen adalah sangat menarik kerana selain dolphin show, terdapat zoo dan taman tema permainan di sini. 1000 pohon pokok sakura yang ditanam di sini, menjadikan Misaki Koen tumpuan ramai menjelangnya musim sakura.

Waktu operasi: 9:30AM-5:00PM (4:00PM musim sejuk) *tutup pada hari Rabu

Bayaran masuk: 1350 yen (dewasa)

Akses: Misaki Koen Station

Maklumat lanjut berkaitan akses, harga tiket, masa lawatan dan sebagainya boleh dibaca di sini:

http://www.nankai.co.jp/misaki/

4) Kyoto Aquarium, Kyoto Prefecture

Kyoto Aquarium dibuka pada tahun 2012, di tengah-tengah bandar Kyoto. Kalau menetap berhampiran dan tidak mempunyai banyak masa, anda boleh melawat Kyoto Aquarium

Waktu operasi: 10:00AM-6:00PM

Bayaran masuk: 2050 yen (dewasa)

Akses: Kyoto Station atau Tambaguchi Station

Maklumat lanjut berkaitan akses, harga tiket, masa lawatan dan sebagainya boleh dibaca di sini:

http://www.kyoto-aquarium.com

Semoga tips ini membantu, terima kasih.