Etika Menggunakan Pengangkutan Awam

Etika menggunakan public transport seperti tren/subway di Jepun dan boleh juga kita praktikkan di Malaysia tanah air tercinta, maklumlah kita dah ada tren, komuter, lrt, mrt dan x lama lagi nak ada shinkansen juga…

Menjaga kebersihan dan menjaga kemudahan awam adalah basic dan tidak perlu sebut lagi, selain itu perkara yang kita boleh praktikkan adalah seperti:

1)Sekiranya kita tourist dan nak bersiar2, elakkan dari menaiki tren/subway/bas semasa peak hour iaitu pada hari bekerja jam 7:30AM-9:00AM dan sekitar jam 5:00PM kerana kita tak mahu menambahkan tension orang Jepun yang sibuk nak pergi dan balik kerja. So, waktu pagi boleh bersiar2 dekat taman2, sungai, laut yang berdekatan penginapan kita.

2)Sekiranya perlu juga untuk bergerak semasa rush hour, kalau bergerak secara ramai, lebih baik berpecah dan menaiki gerabak yang berlainan.

3)Untuk yang membawa stroller, sila pilih gerabak khas buat pengguna wheelchair dan stroller. Sila lipat stroller pada waktu rush hour.

4)Berbaris di kiri dan kanan pintu dan bukan di tengah2 pintu. Biarkan penumpang keluar terlebih dahulu, baru kita masuk. Bukan sahaja nak masuk public transport kena berbaris begini, tetapi nak masuk lif pun sama.

5)Jangan gunakan telefon untuk membuat panggilan di dalam public transport, sekiranya menggunakan smartphone/tablet, sila set untuk manner/silent mode dan vibrate. Sekiranya berada di gerabak khas untuk special need passengers, sila tutup terus telefon. Semasa berjalan dan berada di platform jangan tengok smartphone/tab.

6)Rendahkan suara ketika bercakap di dalam public transport.

7)Jangan makan di dalam public transport melainkan yang memang menyediakan meja untuk makan atau yang ada jualan makanan dalam keretapi. Kalau dah terdesak, makan food on the go dan boleh terus masuk semua dan kunyah dalam mulut seperti gula2. Bau makanan/minuman akan ganggu orang lain dan mengotorkan public transport.

8)Pakai make-up, hand cream dalam public transport juga adalah kurang sopan. Bau akan ganggu orang lain dan juga dikhuatiri mengotori public transport. Kalau perasan, orang Jepun sembur perfume pun kita tak boleh nak hidu dan jenis wangian kegemaran orang Jepun memang yang light2 sahaja. Sebab bagi diorang, wangian tu untuk diorang sendiri hidu, dan tidak akan ganggu orang lain kerana lain orang lain wangian kegemarannya.

9)Jangan “makan” ruangan sebelah anda, kaki dan tangan rapatkan. Jangan letak beg atas kerusi kosong sebelah kita.

10)Sekiranya pakai rucksack, letak di depan badan kerana dikhuatiri terlanggar orang lain tanpa kita sedari terutamanya ketika rush hour.

11) Jangan tersilap menaiki gerabak khas wanita sekiranya anda ada lelaki melainkan sekiranya anda lelaki yang masih bersekolah rendah ke bawah atau disabled atau sedang menguruskan pasangan wanita anda yang disabled.

12)Untuk yang bawa anak yang tidak memerlukan tiket (6 tahun ke bawah), sila ribakan anak anda dan utamakn kerusi itu untuk penumpang lain.

13)Jangan terkejar-kejar nak masuk dalam public transport, nanti tersepit pulak.

14)Jangan lipatkan kaki ketika duduk kerana akan ganggu laluan dan orang sebelah. Dan pastikan barang kita atas peha dan tidak ganggu orang lain. Payung basah pakaikan sarung dan jangan terkena orang lain.

16)Elakkan duduk depan pintu melainkan memang dah penuh, atau nak turun di next station atau turun dahulu dan masuk kembali sekiranya kita bukan nak turun di next station itu. Berikan laluan untuk penumpang masuk.

17)Pakai mask muka sekiranya kita jenis suka bersin atau kita kurang sihat.

18)Sila berikan seat kepada yang lebih memerlukan. Biarpun kita biasa tengok Jepun pun buat “dek” jer sekarang ni…Ada sebabnya, orang Jepun tidak suka membuat orang lain rasa tidak selesa, rasa dia menyebabkan orang jatuh simpati atau ibarat dia mendatangkan masalah kepada orang lain. Walaupun dia mempunyai sebab untuk duduk di kerusi special need passenger, tapi dia akan gagahkan berdiri supaya orang lain boleh duduk disitu…so, kalau kita rasa nak bagi seat kepada mereka yang memerlukan, kita bangun dan berjalan ke arah pintu seolah2 kita nak turun. Tips diajar oleh kawan Jepun saya.

Jepun suka anime, kalau kita tengok poster2 Jepun memang tertarik. Kanak2 pun mudah faham. Ada rancangan anime khas untuk didik kanak2 Jepun tentang manner. Manner di dalam tren boleh lihat video ini:

https://www.youtube.com/watch?v=LK-od8Okdik

https://www.youtube.com/watch?v=jZKtp58tDBo

https://www.youtube.com/watch?v=2vX9HYAbM1U

Tips: Jangan terlupa barang kita terutamanya kalau letak di rak beg, masalah lain pula dapat nanti.