Hakama

Hakama adalah jenis pakaian tradisional Jepun dan pada era samurai dan shogun, hakama hanya dikenakan oleh orang lelaki sahaja. Pada zaman dahulu, hakama dipakai oleh samurai agar pihak lawan tidak dapat melihat gerak kaki dan memberikan ilusi terapung.

Hakama memiliki 7 lipatan, 2 dibelakang dan 5 dihadapan dan menunjukkan sifat asimetri (irregularity) dalam Japanese aesthetics.

Siapa yang memakai hakama?
1) Majlis perkahwinan-dipakai oleh pengantin lelaki dan dan bapa pengantin perempuan semasa perkahwinan Jepun Shinto
2) Majlis graduasi-hakama melambangkan imej akademik
3) Kyudo-sukan memanah Jepun
4) Kendo-seni pertahanan diri Jepun menggunakan pedang
5) Aikido-seni pertahanan diri Jepun
6) Sambutan umur 20 tahun
7) Priest and miko (shrine maidens)
8) Tea Ceremony
9) Pengkebumian-warna hitam (dari atas ke bawah)
10) Cikgu dan pensyarah- sebagai formal dress code dan juga pakaian semasa majlis istimewa

Saya sewa hakama ini di Omi Shrine, Otsu, Shiga Prefecture dengan kos cuma 500 yen seorang.

Sekiranya menaiki tren, sila turun di Otsukyo Station atau lebih dekat lagi di Omijingumae Station dan sila berjalan atau ambil cab ke sini. Saya naik private charter bus ketika trip musim sakura yang lalu.

Sila klik link di bawah, terima kasih.

http://oumijingu.org/publics/index/166#googtrans(ja|en)