12 Stesen Keretapi Terpencil di Jepun Yang Menarik Dan Unik

1) Stesen Kita Funaoka, Hokkaido (Muroran Line)

Bilangan purata pengguna stesen ini adalah 96 orang sehari.

Berlatarbelakangkan pemandangan laut, sangat cantik terutamanya semasa matahari terbenam.

2) Stesen Genseikaen, Hokkaido (Senmo Main Line)

Kalau datang ke Hokkaido pada musim panas, terutamanya buat penggemar bunga dan penggemar fotografi, Stesen Genseikaen terletak dalam kawasan Taman Koshimizu Gensei Kaen.

Stesen ini dibuka cuma pada musim-musim tertentu sahaja.

https://www.jnto.go.jp/eng/spot/zoo/koshimizugenseikaen.html

3) Stesen Shimonada, Ehime (Yosan Line)

Ini adalah antara hikyo eki yang selalu keluar dalam iklan tv, internet dan media cetak. Terletak hampir dengan laut, pemandangan Golden Hour atau waktu ketika matahari terbit dan terbenam yang sangat mengagumkan.

4) Stesen Todoroki, Aomori (Gono Line)

Stesen ini juga adalah di dalam kategori Stesen Pinggir Laut. Bangunan stesen ini adalah diperbuat dari kayu, apabila dibasahi hujan akan nampak sedikit gelap.

5) Stesen Inao, Nagano (Oito Line)

Keistimewaan stesen ini adalah terletak di hadapan sebuah tasik iaitu Tasik Kizaki. Purata bilangan pengguna harian seramai 38 orang. Stesen menunggunya pula sangat comel seperti yang biasa kita lihat dalam filem animasi Jepun.

6) Stesen Kareigawa, Kagoshima (Hisatsu Line)

Stesen ini memang cantik dengan ciri-ciri retro yang masih dikekalkan. Menjadi buruan dan lokasi idaman para fotografi. Purata pengguna hariannya adalah seramai 81 orang. Berusia melebihi 100 tahun.

7) Stesen Kamakurakokomae, Kanagawa (Enoshima Electric Railway)

Stesen ini selalu menjadi sumber inspirasi animasi. Lintasan jalan kaki di rel keretapi ini menyajikan pemandangan laut yang sangat menakjubkan.

8) Stesen Motateyama, Shiga (Hieizan-Sakamoto Cable)

Stesen ini kebiasaannya digunakan oleh pendaki yang memulakan atau menamatkan hiking course mereka di sini menuju atau dari Mount Hiei di mana terletaknya Enryakuji sebuah kuil yang sangat terkenal dan berpengaruh besar di Jepun. Hieizan-Sakamoto Cable adalah laluan cable car terpanjang di Jepun dengan pemandangan Tasik Biwa yang indah.

http://www.sakamoto-cable.jp/pdf/2016_en_pamp.pdf

9) Stesen Toge, Fukushima (Ou Main Line)

Stesen ini mempunyai atap yang menutupi sebahagian platform bagi melindungi dari salji yang tebal di kawasan ini. Shinkansen turut melalui stesen ini tetapi tidak berhenti di sini. Purata pengguna sehari adalah 36 orang sahaja.

10) Stesen Doai, Gunma (Joetsu Line)

Stesen Doai merupakan satu-satunya di Jepun yang kelihatan seperti terletak dalam terowong yang membelahi gunung dan seperti memasuki stesen keretapi bawah tanah dan mendapat gelaran stesen keretapi paling jauh ke dalam lubang di Jepun atau dalam bahasa Jepun di gelar sebagai Mogura Eki (Mole Station).

Ada jambatan di kawasan stesen ini dan sekiranya anda menyeberangi jambatan ini, anda akan sampai ke kawasan sungai yang sangat cantik.

11) Stesen Hozukyo, Kyoto (San-In Line)

Stesen ini menarik, kerana berdekatan dengan Sungai Hozukyo dan ada hiking course. Sekiranya anda ingin menaiki Sagano Romantic Train, anda boleh mulakan perjalanan dari sini.

Turun di Stesen JR Hozukyo dan anda boleh berjalan kaki ke Stesen Torokko Hozukyo di samping melihat pemandangan sungai dan hutan.

12) Stesen Amarube, Hyogo (San-In Line)

Stesen ini terletak berdekatan dengan Jambatan Amarube yang menyimpan sejarah silam yang hitam pada tahun 1986 apabila sebuah keretapi yang luar dari perkhidmatan (out of service) telah ditiup angin kuat dan terjatuh semasa menyeberangi jambatan ini. 6 orang telah terbunuh dalam kejadian yang menyayat hati ini. Sejak peristiwa ini, apabila angin kuat melanda, perkhidmatan melalui jambatan ini akan dihentikan seketika.

Kini, jambatan baru yang dibina dari konkrit yang lebih kukuh dan selamat telah dibina. Namun, sisa binaan lama jambatan besi berwarna merah masih ada ditinggalkan sebagai kenangan.

Di Jepun ada banyak lagi stesen keretapi terpencil yang unik dan menarik untuk dilawati. Anda boleh mencari stesen terpencil yang terdekat dengan tempat lawatan anda tetapi pastikan jadual perjalanannya terlebih dahulu kerana keretapi jarang berhenti di stesen sebegini.

Semoga tips ini membantu dalam merancang itinerari anda, terima kasih.