Scenic Autumn Trip-Kita Kanto: Hitachi Seaside Park

Hitachi Seaside Park, Ibaraki Prefecture

https://youtu.be/atOFTEVzf84

Tempat lawatan pertama adalah ke Hitachi Seaside Park bagi menikmati pemandangan indah bunga musim luruh iaitu Kochia dan Cosmos. Dari Lapangan Terbang Narita dengan menaiki kereta mengambil masa 1 jam 30 minit untuk tiba ke sini. Selain memandu kenderaan untuk ke Hitachi Seaside Park, anda juga boleh menaiki keretapi dan turun samada di:

Katsuta Station (15 minit berjalan kaki)

atau

Ajigaura Station (20 minit berjalan kaki)

Bayaran letak kereta adalah 510 yen. Bayaran masuk ke Hitachi Seaside Park adalah 450 yen (dewasa) dan kami menyewa basikal dengan bayaran 400 yen untuk bersiar-siar di taman ini.

http://en.hitachikaihin.jp

Kami menikmati makanan halal tengahari di Khao Man Gai (Pokok Pisang) yang terletak 10 minit berjalan kaki dari Omika Station atau kira-kira 20 minit memandu kereta dari Hitachi Seaside Park.

https://m.facebook.com/ibarakipokopin2

#AutumnTrip2018

#HitachiSeasidePark

#Ibaraki

#ILeftMyHeartInJapan

#ShemaZack