Hotel Sekiranya Transit Atau Mempunyai Penerbangan Awal Pagi Ke Luar Negara

Kalau anda mempunyai masalah seperti menetap jauh dari KLIA atau KLIA2, mempunyai flite awal pagi serta memerlukan rehat dan keselesaan, saya rekomen untuk bermalam di sini:

1)Sama-Sama Express KLIA2 untuk penerbangan AirasiaX

2)Sama-Sama Expres KLIA sekiranya mempunyai penerbangan antarabangsa dari KLIA

http://www.samasamaexpress.com

Perlu diingat bahawa Sama-Sama Hotel dan Tune Hotel KLIA2 atau pilihan lebih ekonomi seperti Capsule by Container Hotel KLIA2 (fasiliti seperti dorm) terletak di luar kawasan immigration dan berbeza dengan transit hotel saya sebutkan di atas tadi.

Sama-Sama Express terdapat di KLIA dan KLIA2, valid sekiranya kita mempunyai boarding pass, dan untuk masuk awal ke area international boarding, kita mestilah travelite atau tidak mempunyai baggage untuk check-in. Hanya hand-carry sahaja kerana counter untuk check-in baggage kebiasannya akan buka 3 jam sebelum departure bagi AirasiaX dan 4 jam bagi kebanyakan international airlines. Sila rujuk airlines airlines anda kerana ada yang membenarkan check in bagage lebih awal seperti MAS iaitu 8 jam sebelum departure.

Syarat utama kalau nak bermalam di sini:

1)Mempunyai boarding pass untuk penerbangan ke luar negara

2)Hand carry sahaja, tidak mempunyai baggage untuk check-in atau anda menaiki pesawat yang membenarkan check in baggage seawal 8 jam sebelum departure seperti MAS

Kedudukan hotel ini adalah selepas immigration akan memudahkan kita kerana tidak perlu melalui proses immigration keesokan harinya.

Hotel ini boleh ditempah mengikut jam minimum 6 jam dan boleh ambil pakej bersama lounge access sekiranya mahu.

Sila semak samada kad kredit anda memberikan fasiliti lounge access secara percuma, sekiranya ada maka tidak perlu tambah pakej lounge access atau anda boleh sahaja skip option lounge sekiranya mahu makan di cafe atau dalam pesawat.

Cara penempahan adalah direct melalui link di bawah ini atau melalui panggilan telefon atau melalui website seperti traveloka, booking.com, agoda dan lain-lain lagi.

http://www.samasamaexpress.com

Semoga tips ini membantu, terima kasih.