Info Sekiranya Tiba Lewat Malam di Haneda Airport, Tokyo

Tiba lewat malam di Haneda Airport?
Selesai proses immigration, Keikyu Line dan Haneda Monorail sudah tidak beroperasi pula. Apa pilihan yang kita ada?

1)Bermalam di International Terminal kerana ia beroperasi 24 jam. Sekiranya anda berada di Domestic Terminal, ketahuilah yang ianya tidak beroperasi 24 jam dan anda dikehendaki keluar dari situ nanti. Ini pilihan yang paling tidak selesa dan jika terdesak. Tidak sesuai sekiranya ada anak dan warga emas.
p/s: shower ada di International Terminal Floor 2 kos 1030yen/30 mins usage atau di Royal Park Hotel Haneda yang bersambung dengan International Terminal Floor 3 kos 2000 yen/jam.

Di bawah adalah panduan sekiranya nak bermalam di Haneda International Airport. Kalau dapat bermalam di Go Sleep Pod seperti dalam poc di atas, best juga kan…

https://www.sleepinginairports.net/asia/tokyo_haneda.htm

*Jangan tidur dalam prayer room, patuhi undang2 dalam prayer room yang larang kita tidur, makan dan jaga kebersihan. Ingatlah, orang lain pun nak guna juga. Jangan sampai kerajaan Jepun tarik semula kemudahan ini.

2)Tempah hotel berdekatan Haneda Airport lebih awal. Sebaiknya hotel yang ada perkhidmatan pick up, midnite bus atau jarak hotel yang dekat dengan airport dan boleh menaiki taxi dengan kos yang berpatutan. Perlu ingat, kos taxi malam selepas waktu tertentu (ikut kawasan, biasanya jam 10PM ke atas) adalah berganda.

Antara hotel dalam kawasan Haneda Airport adalah:
-Royal Park Hotel The Haneda (International Terminal)

http://rph-the.movo.jp/haneda/index.php

-FIRST CABIN (Domestic Terminal 1)

http://www.first-cabin.jp.e.jr.hp.transer.com/locationlist/haneda-terminal1.html

-Haneda Excel Hotel Tokyu (Domestic Terminal 2)

https://www.haneda-e.tokyuhotels.co.jp/ja/sp/index.html

Antara hotel yang ada perkhidmatan pick up adalah:
-TamaDear Hotel

https://tamahotels.jp

-Hotel Mystays Haneda Airport

https://www.mystays.com/ja/hotel/tokyo/hotel-mystays-haneda

-Tokoyo Inn Haneda Airport 1

http://www.toyoko-inn.com/hotel/00042/index.html

-Tokoyo Inn Haneda Airport 2

https://www.toyoko-inn.com/sp/search/detail/00068

-Hotel JAL city Tokyo Haneda

http://haneda.jalcity.co.jp/sp/

-Haneda Inn

http://www.hanedainn.co.jp

-Hotel Relief Premium Haneda

http://relipre.com/haneda1/

http://relipre.com/haneda2/

3)Pilih hotel yang mempunyai akses bas malam (midnite rate biasanya mahal sedikit dari normal rate) seperti di:

-Omiya Railway Station

-Roppongi Hills, the Shibuya District, and Futako-tamagawa Railway Station

-The Daiba District and Shinagawa Railway Station

-Shibuya Mark City

-Chiba-Chuo Railway Station

-Nishi-Funabashi Railway Station and Funabashi Railway Station

-Yokohama Railway Station (YCAT), Sakuragicho Railway Station, and the Minatomirai District

-Shin-Yokohama Railway Station
Otorii, Kamata Railway Station, and Kawasaki Railway Station

-Omori Railway Station

4)Menginap di Spa (hanya sesuai bagi yang faham budaya onsen atau hot spring di Jepun, jangan pilih option ni sekiranya tidak faham budaya onsen sekiranya kerana nanti anda akan terkejut, ada masa nanti kita cerita pasal budaya onsen) yang terletak di kawasan yang mempunyai akses bas malam seperti di:

Oedo-onsen Daiba-bas malam berlepas jam 2:15AM

Thermae-yu Shinjuku-bas malam berlepas jam 2:20AM

Heiwajima Onsen
http://www.heiwajima-onsen.jp/en/index.html

Maklumat lanjut berkenaan bas malam, sila klik link ini:
http://hnd-bus.com/airport/route/nightmorningbus.html

5)Menempah airport transfer dengan lebih awal daripada ejen yang sah atau kenalan.

Semoga membantu, terima kasih.