Insurans Perjalanan

Untuk makluman semua, walaupun anda telah membayar premium untuk travel insurans, adalah penting untuk mempunyai cash money atau credit card bagi menjelaskan bayaran bil di hospital di Jepun, dan membuat tuntutan kemudiannya *beserta dengan dokumen yang lengkap (sila refer sykt insurans masing2). X lengkap x dapat refund tau. Jangan dah balik Malaysia nnt baru perasan ada dokumen yang x lengkap…

Paling bagus beli dengan ejen insurans sebab dia akan handle semua claim dan kalau kita ada penyakit, pastu x declare, pastu kita masuk hospital di luar negara sebab penyakit tu, x pasal jer nanti x boleh dapat refund. Kena faham t&c polisi insurans masing2. Sebab tu saya rekomen beli melalui ejen insurans berbanding beli online.