Itinerari Contoh Menggunakan JR Kansai Wide Area Pass

Day 1

Bertolak dari JR Kansai Airport ke Shinimamiya menggunakan JR Kansai Wide Area Pass dan simpan beg di tempat penginapan.

Tour di Nara Park menggunakan JR Kansai Wide Area Pass dan boleh sewa basikal 500 yen sahaja di Nara Station, kalau bawa anak kecil, boleh sewa basikal yang ada child seat tu atau dikenali sebagai mamachari.

Day 2

Tour di Kyoto menggunakan JR Kansai Wide Area Pass. Tempat tumpuan ramai pelancong adalah di Arashiyama (Saga Arashiyama Station), Fushimi Inari Taisha (Inari Station) dan Kyoto Tower (Kyoto Station). Sekiranya nak ke Gion juga boleh tambah kos bas ataupun subway. Saya x berapa rekomen menaiki bas untuk tour di Kyoto kerana ambil masa yang agak lama berbanding menaiki tren dan subway.

Day 3

Tour di Wakayama menggunakan JR Kansai Wide Area Pass.

1)Pilihan pertama: tour di Shirahama. Boleh ke Adventure World Shirahama (dari Shirahama Station menaiki bas 300 yen) dan habiskan masa di sini (safari theme park).

Sekiranya ada banyak masa boleh ke Shirahama Beach juga (bas dari Adventure World ke Shirahama 470 yen dan kembali semula ke Shirahama Station 340 yen. 1 day bus pass bernilai 1100 yen). Shirahama Beach ni pasirnya putih dan halus kerana diimport dari Australia.

http://www.aws-s.com

2)Pilihan kedua: tour di Wakayama Castle dan kawasan Marina City seperti di Porto Europa (romantic theme park yang dibina meniru gaya lorong-lorong di Eropah) Kuroshio Market melihat “tuna cutting show” dan Kuroshio Onsen.

Saya rekomen beli 1 day bus pass sekiranya nak ke Wakayama Castle dan Marina City Area ini.

http://www.wakayamabus.co.jp/rosen/coupon.pdf

https://www.marinacity.com/eng/

Day 4

Tour di Okayama dan Hyogo (Kobe) menggunakan JR Kansai Wide Area Pass dan boleh menggunakan Shinkansen untuk route ini (Shin-Osaka Station ke Okayama Station)

Saya rekomen untuk ke Kurashiki Bikan Area (Kurashiki Station), Himeji Castle dan Kokoen Garden (Himeji Station) dan Masjid Kobe (Sannomiya Station) menggunakan Kansai Wide Area Pass. Dari Sannomiya Station kalau nak berjalan kaki ke masjid agak jauh sikit, boleh naik teksi sahaja anggaran bawah 1500 yen untuk sebuah teksi, sekiranya share 4 orang dalam 400 yen sahaja.

Day 5

Bersiar-siar di Osaka menggunakan Osaka Amazing 1 Day Pass 2500 yen. Kelebihan pass ini boleh dilihat di sini:

https://www.osaka-info.jp/osp/en/index.html

Saya rekomen pada hari ini boleh tour di fasiliti yang Osaka Amazing Pass 1 Day Pass cover seperti:

Tombori River Cruise, Osaka Castle Museum, HEP FIVE Ferris Wheel, Floating Garden Observatory, Osaka Museum of Housing and Living (Pakai kimono untuk bergambar 500 yen), Cruise Ship Santa Maria Day Cruise,Tempozan Giant Ferris Wheel, shopping di area Namba-Shinsaibashi dan tidak lupa juga Kuromon Market. Bertolak ke Kansai Airport dengan menggunakan Kansai Wide Area Pass.

Atau sekiranya anda mempunyai 6 hari untuk tour, pada hari ke-5 boleh masukkan tour ke tempat-tempat lain dan saya akan berikan beberapa contoh di bawah nanti. Pada hari ke-6 baru mula gunakan Osaka Amazing Pass dan untuk pulang ke Kansai Airport dari Shinimamiya beli tiket 920 yen sahaja. Kalau anda mempunyai 7 hari boleh beli Osaka Amazing 2 Days Pass dan gunakannya pada hari ke-6 dan ke-7

Tempat2 lain yang saya rekomen untuk pergi dengan menggunakan Kansai Wide Area Pass pada hari ke-5 adalah:

1)Sekiranya winter season boleh ke Biwako Valley (Shiga Station) untuk bermain ski etc. Selain itu boleh ke Kusatsu Castle (Kusatsu Station) dan Nagahama (Nagahama Station).

2) Amanohashidate di Kyoto iaitu salah satu dari 3 most scenic places in Japan (Nihon Sankei) selain Matsushima dan Miyajima dengan menggunakan Kyoto Tango Railway dan dengan tambahan sedikit kos iaitu tambang bas sebanyak 400 yen boleh ke Ine Village dan menaiki scenic cruise selama 25 minit di Inewan dengan bayaran 670 yen.

3) Tottori Sand Dunes, Tottori Sand Museum dan Gosho Aoyama Manga Factory (bagi peminat Detective Conan) dengan menggunakan Sanin Line antara Hamasaka-Tottori.

* Super Hakuto (Kamigori-Tottori) dan Super Inaba (Tottori-Kamigori) ada bayaran tambahan

4)Kagawa prefecture iaitu kepulauan Shikoku dengan menaiki tren melalui Seto Bridge (double deck bridges yang menghubungi Okayama Prefecture dan Kagawa Prefecture).

JR Kansai Wide Area Pass 8500 yen (harga dewasa ini adalah harga sekiranya book online dan ketika tips ini ditulis).

https://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/kansai_wide/

Berita baik untuk booking selepas 10 April kerana biarpun harga naik lagi 500 yen tetapi akan mendapat:

1) Unlimited rides (unreserved seat) Sanyo Shinkansen dari Shin-Osaka ke Okayama termasuk Nozomi dan Mizuho.

2) Pass ini juga akan cover (unreserved seat) Limited Express dan local tren Rapid dan Special Rapid termasuk Haruka, Kuroshio, Thunderbird, Kounotori, Super Hakuto (Kyoto-Kamigori) dan lain-lain lagi. Kyoto Tango Railway, Wakayama Electric Railway, Sanin Line between Hamasaka dan Tottori serta JR West Bus (area tertentu)

* Super Hakuto (Kamigori-Tottori) dan Super Inaba (Kamigori-Tottori) ada bayaran tambahan

3) Cover line bas di beberapa tempat seperti JR Nishi Nihon (JR West Japan) Bus di Kanazawa area, dalam bandar Kyoto, line Jyakko (Shiga) dan Enfuku (Fukuchiyama)

Anda juga akan mendapat kupon diskaun untuk beberapa attractions di kawasan terlibat seperti di dalam link ini:

https://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/benefits/

Free sewaan basikal di tempat-tempat di bawah:

Nak menginap di area mana?

Jadikan Osaka sebagai base kerana kedudukannya di tengah2, senang akses ke seluruh Kansai.

Saya suka Shinimamiya/Tennoji kerana direct dari Kansai Airport dan nak ke area Kansai yang lain kurang transitnya. Ada JR Line, Nankai Line dan subway (Dobutsuenmae Station yang terletak sebelah Shinimamiya Station).

Ada discount shop yang famous di Jepun berhampiran Shinimamiya Station ini iaitu Don Quixote dan dekat dengan Abeno Harukas bangunan tertinggi di Jepun.

Ada org kata Shinimamiya ni red district, so kalau menginap di sini, janganler pulak keluar sampai tengah malam yer.

Kalau nak murah dan senang akses ke merata tempat, saya memang rekomen kat sini. Selain Shinimamiya, boleh juga tengok hotel/guesthouse di Namba.

Harap tips ini membantu, terima kasih.