Kawagoe Matsuri

Antara event besar menandakan telah masuk musim autumn di Tokyo adalah Kawagoe Matsuri. Mengekalkan tradisi bersejarah selama 360 tahun, perayaan yang amat bernilai bagi pekan ini memelihara gaya keanggunan Tenka Matsuri oleh seni kraftangan Edo serta ditambah dengan elemen Kawagoe itu sendiri.

Pada tahun 2015, pesta ini ditetapkan sebagai National Important Intangible Folk Cultural Property di bawah tajuk “Kawagoe Hikawa Festival Float Event”.

Setiap pasukan akan berarak membawa patung2, bunga dan lentera dan acara kemuncaknya apabila mereka saling berdepan dan bersaing dengan persembahan hayashi yang merupakan orkestra tradisional Jepun terdiri dari seruling, dram, loceng serta tarian sambil disorak oleh orang ramai yang membawa tanglung kertas yang bercahaya. Dan kemuncaknya adalah setelah memasuki waktu malam.

Tarikh pesta ini pada tahun 2017 telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh: 14 dan 15 Oktober 2017

Aksess: Kawagoe Station atau Honkawagoe Station

Selain pesta ini, pekan Kawagoe yang terletak bawah 1 jam perjalanan menaiki tren dari Tokyo ini amat menarik untuk dilawati sebagai day trip attraction kerana masih mengekalkan bangunan lamanya sejak zaman Edo dan jaraknya yang tidak jauh dari Tokyo.

http://www.kawagoematsuri.jp/English/about.html