Rumah Atap Jerami (Kayabuki) di Jepun

Rumah atap jerami atau kayabuki kebanyakannya adalah dimiliki oleh para petani yang bersusah-payah bekerja untuk memenuhi keperluan hidupnya di luar bandar serta memenuhi keperluan hidup orang bandar yang memerlukan bekalan makanan.

Dengan melawat atau menginap di rumah ini, kita boleh mendapat idea asas berkenaan kehidupan seharian masyarakat Jepun terutamanya petani pada suatu ketika dahulu dan masih ada yang mengekalkan cara hidup yang sama sehingga kini.

Rumah ini dilengkapi dengan dapur, ruang masuk, ruang tamu, sudut tepi untuk mempamerkan kecantikan bunga mengikut musim atau dekorasi lain dan rumah ini mempunyai reka bentuk yang menarik.

Atap jerami meliputi keseluruhan bahagian rumah ini. Rumah ini dingin pada musim panas dan panas pada musim sejuk kerana penggunaan bahan semulajadi pada binaannya seperti kayu, jerami, tanah dan buluh.

Kawasan ruang tamu dinaikkan sedikit dan dibahagikan kepada beberapa ruang dengan pintu sliding atau shoji dan fusuma yang diperbuat daripada bingkai kayu dan ditampal dengan kertas pada kedua-dua belah bahagian bingkai ini. Tiada kunci untuk pintu ini. Perbezaan fusuma ialah tidak tembus cahaya manakala shoji adalah lutsinar.

Di tengah-tengah rumah atau ruang yang dipanggil sebagai oe terletak irori yang bertindak sebagai tempat memasak selain tempat memanaskan badan.

Kebiasaannya di ruang masuk bagi rumah petani yang menternak haiwan adalah berlantaikan tanah dan haiwan ternakan seperti kuda dan lembu akan dibawa masuk ke ruangan ini pada musim sejuk. Dapur juga biasanya terletak di bahagian ini dan ruang ini dipanggil sebagai dokan. Ruang masuk adalah penting bagi mengelakkan rumah menjadi terlalu dingin pada musim sejuk kerana akan menyekat kemasukan angin luar ke dalam rumah.

Tandas dan bilik air terletak di luar rumah, namun pada zaman kini, ramai yang telah meletakkannya di dalam rumah.

Tiang dan rasuk untuk rumah ini adalah dari jenis pokok pine Jepun yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Dinding rumah adalah daripada tanah liat dan ditutupi dengan jerami serta dikukuhkan lagi dengan ikatan buluh dan disambungkan ikatannya kepada tiang-tiang lain dan tiang seri. Ada juga yang menggunakan kayu.

Rumah ini sangat kukuh biarpun berlaku gempa bumi dan ribut taufan. Namun, rumah ini menghadapi ancaman kebakaran terutamanya semasa musim panas ataupun akibat kilat.

Walaubagaimanapun, rumah ini tidak dibina untuk kekal selamanya, ianya bersifat ekologikal kerana dibina dengan bahan semulajadi, mudah untuk rumah ini kembali ke bumi sekiranya tidak diperlukan lagi atau setelah sangat uzur keadaannya. Rumah ini sekiranya dijaga boleh tahan lama kerana rumah kayabuki tertua di Hyogo Prefecture telah berusia melebihi 1200 tahun. (gambar di bawah)

Kayu, buluh, tanah liat, jerami dan boleh dikatakan keseluruhan rumah dibina menggunakan bahan semulajadi yang boleh didapati dari kawasan persekitaran mereka tanpa menggunakan sebatang paku.

Istimewa bagi rumah kayabuki di kawasan yang lebat saljinya seperti di Gifu Prefecture iaitu Shirakawago dan Takayama, rekaan gassho zukuri memberi ketahanan rumah semasa musim sejuk dengan atap yang cerun dari 45 darjah ke 60 darjah.

Dinamakan gassho zukuri kerana bentuk atap ini kelihatan seperti tapak tangan yang bertemu dengan jari ke atas seperti berdoa. Makin tebal salji di kawasan itu, makin cerun atapnya.

Atap rumah kayabuki di Gifu Prefecture menghadap arah yang sama iaitu timur dan barat bagi mendapatkan cahaya matahari yang banyak supaya salji cepat cair dan atap cepat kering agar lebih tahan lama. Rumah ini juga dibina sepanjang sungai supaya mengikut arah laluan angin bagi mengelakkan ianya dirosakkan oleh angin yang kuat. Selain itu, angin dan cahaya matahari amat penting bagi kehidupan ulat sutera iaitu industri yang utama di sini.

Kerja pembinaan atap kayabuki adalah dibuat secara gotong-rotong oleh kumpulan yang dipanggil yui yang terdiri daripada jiran-jiran yang datang membantu semasa waktu mereka lapang. Dengan adanya yui kerja pembinaan atap akan selesai dalam masa satu hari sahaja dan mereka akan raikan dengan makan malam bersama-sama setelah seharian bekerja bersama-sama.

Musim luruh dan musim bunga adalah masa untuk membuat atau menukar atap. Sekiranya berminat untuk lihat, boleh semak dengan guesthouse saya berikan di bawah ini untuk dapatkan tarikh yang sesuai.

Antara tempat-tempat yang anda boleh lawati untuk melihat rumah kayabuki adalah:

1) Gifu Prefecture:

http://www.gokayama-info.jp/en/

http://shirakawa-go.org./english/

http://www.g-ainokura.com

http://www.hidanosato-tpo.jp/top.html

2) Chiba Prefecture:

https://www.chiba-muse.or.jp/MURA/

3) Iwate Prefecture:

http://www.kitakami-kanko.jp/english/sightseeing.php?itemid=44

4) Fukushima Prefecture:

http://ouchi-juku.com

5) Kanagawa Prefecture:

http://www.nihonminkaen.jp

6) Yamanashi Prefecture:

http://www.fujisan.ne.jp/iyashi/

7) Kyoto Prefecture:

http://www.miyamanavi.net/english/

8) Osaka Prefecture:

http://www.occh.or.jp/minka/

9) Tokushima Prefecture:

http://chiiori.org

10) Kagawa Prefecture:

http://www.shikokumura.or.jp

Selain melawat rumah ini, anda juga boleh menginap di sini. Ini adalah link untuk membuat penempahan.

1) Gifu Prefecture:

https://www.japaneseguesthouses.com/ryokan-search-results/?area=Shirakawa-go

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQWsXjz53Nc0HoGQ38IAeSpMHdcyQhSF3UnUW_3rrv0Ga1VQ/viewform

https://abnb.me/EVmg/IlKO8OL7nH

https://abnb.me/EVmg/44b4bXQ7nH

https://abnb.me/EVmg/fdUznAV7nH

https://abnb.me/EVmg/ADyQqR57nH

https://abnb.me/EVmg/jaNKhG87nH

https://abnb.me/EVmg/xV39bQa8nH

2) Tokyo Prefecture:

http://houjukaku.com

3) Toyama Prefecture:

http://www.syo-7.jp/e/index.html

4) Yamanashi Prefecture:

http://www.afp.co.jp/Masunoie/

http://www.seepa.jp/u/kitanosedo

http://loof-ashigawa.com

http://www.yamanashi-kankou.jp/kankou/stay/n_8137.html

http://www.kuboshuku.com

5) Akita Prefecture:

http://www.folkloro-kakunodate.com/sightseeings/

6) Ibaraki Prefecture:

http://www.mokkiriya.jp

7) Nagano Prefecture:

http://www.kayabukinoyakata.jp

http://yakimochiya.jp

8) Niigata Prefecture:

https://www.matsuya-kayabuki.jp

https://goushikan.jimdo.com

http://www.jonnobi-takayanagi.jp/stay/oginoshima-stay.html

9) Miyagi Prefecture:

http://www.sukimuland.jp/tomaru/tomaru.html

10) Tochigi Prefecture:

http://www.kominka-ryokan.com

11) Saitama Prefecture:

http://suginoko-sato.jp

12) Fukui Prefecture:

http://www.natasho.co.jp/ryuseikan/kayabuki.html

13) Gunma Prefecture:

http://www.yakushi-hatago.co.jp/en/

http://kawaba-yutorian.jp

14) Shiga Prefecture:

http://chojian.com/index.html

15) Kyoto Prefecture:

http://www.miyamanavi.net/english/stay/

http://miyamafandb.jp

http://www.kayabukinosato.com/matabe.html

http://yoshimizu.com/ayabe/

16) Osaka Prefecture:

http://osakaymca.or.jp/shisetsu/kisenwaiwaimura/index.html

17) Tokushima Prefecture:

http://www.chiiori.org/stay/stay.html

http://www.tougenkyo-iya.jp/index_en.html

18) Kagoshima Prefecture:

http://www.gajoen.jp/en/

Semoga tips ini membantu, terima kasih.