Khuf – Pengambilan Wudhu Bagi Musafir

Saya dah pernah tulis mengenai khuf, dan saya up semula yer sebab ada komplen dari fasiliti di Jepun berkenaan tandas yang basah selepas orang Muslim ambil wudhu.

Kalau x nak ikut cara menyapu khuf, boleh bawa botol spray dan spray di padang contohnya. Di sinki jangan basuh kaki, situ tempat orang cuci mulut, muka dan tangan. Dalam tandas pun kalau jirus kaki nanti basah lantai.

Selepas selesai gunakan sinki dan tandas, pastikan di lap supaya kering semula untuk keselesaan pengguna lain.

Jangan sampai orang Islam disenarai hitam dari menggunakan toilet sudahlah. Semasa di Austria, kalau orang Muslim masuk tandas, penjaga tandas akan marah2 dan jaga. Kalau nak isi air dalam botol pun diorang dah x bagi lagi. Salah kita juga sebenarnya.

https://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg16.htm