Jambatan Yang Tidak Akan Hanyut-Kintaikyo (Yamaguchi Prefecture)

Kintaikyo adalah antara 3 buah jambatan yang terkenal di Jepun. Jambatan ini adalah struktur bersejarah yang telah di bina hampir 350 tahun dahulu iaitu pada tahun 1673 dan terletak di Iwakuni, Yamaguchi Prefecture.

Kintaikyo adalah sepanjang 193.3 meter iaitu bersamaan kelebaran Sungai Nishiki dan ketinggiannya 13 meter.

Istimewanya jambatan ini adalah kerana mempunyai 5 lengkuk. Kintaikyo yang asli telah beberapa kali musnah akibat banjir yang melanda berkali-kali di Sungai Nishiki. Jepun yang terkenal dengan semangat kaizen, mencari kelemahan jambatan dan membuat kajian yang berdasarkan kepada “Jambatan Yang Tidak Akan Hanyut” atau dalam bahasa Jepun berbunyi nagasarenai hashi o「流されない橋を」lalu wujudlah rekaan 5 lengkuk yang bersambung ini yang dibuat bagi mengurangkan jumlah sokongan jambatan dan memberikan ketahanan kepada air. Rekaan ini diilhamkan dari rekaan jambatan di China zaman Dinasti Ming pada ketika itu iaitu di West Lake, Hangzhou atau seikoyuranshiyo 「西湖遊覧志」.

Pada tahun 2001, kerja-kerja menggantikan lengkuk telah dilakukan, tetapi 5 lengkuk ini masih dikekalkan bagi menghubungkan kedua-dua tebing di Sungai Nishiki ini.

Dari bawah jambatan ini anda boleh melihat seni halus pertukangan kayu Jepun dan penggunaan kayu-kayu terbaik di Jepun seperti zelkova dan pine untuk menyokong jambatan yang cantik ini.

Kayu cypress digunakan untuk lantai dan pemegang tangan di kiri kanan jambatan. Sokongan jambatan ini adalah menggunakan kayu cypress, chestnut dan oak.

Kintaikyo sesuai dilawati pada setiap musim kerana memberikan pemandangan yang berbeza mengikut musim. Pada musim panas, banyak aktiviti menarik untuk dilakukan di sini seperti melihat pemandangan jambatan yang disinari lampu pada waktu malam, sambil menaiki bot dan memancing dengan cara yang tradisional. Paling istimewa adalah pada malam pesta hanabi atau bunga api.

Kintaikyo semasa musim sejuk.

Kintaikyo semasa musim luruh.

Kintaikyo semasa musim bunga.

Kintaikyo semasa musim panas.

Akses: Dari Iwakuni Station, menaiki shuttle bas selama 20 minit dan turun di Kintaikyo Bridge.

Bayaran: 200 yen seorang untuk menyeberangi jambatan

Saya cadangkan untuk menyeberangi Kintaikyo dan berjalan ke Kikko Park yang terletak di seberang Nishiki River dan terdapat statue Kikkawa Hiroyoshi iaitu pemerintah Iwakuni yang telah mengarahkan pembinaan Kintaikyo.

Seterusnya berjalan hingga ke ropeway station dan menaiki ropeway untuk ke lookout point dan seterusnya ke Iwakuni Castle.

Iwakuni Castle juga boleh dilihat dari Kintaikyo kerana terletak di atas puncak gunung Shiroyama.

Ropeway: 500 yen (dewasa/2 hala), 320 yen (kanak-kanak sehala), 250 yen (kanak-kanak/2 hala), 120 yen (kanak-kanak/sehala.

Sekiranya dari daerah Kansai, saya rekomen untuk gunakan Kansai Hiroshima Area Pass.

Semoga tips ini membantu, terima kasih.

2 Comments

Comments are closed.