Kansai Airport: Penerbangan Awal Pagi/Lewat Malam, Tempat Tidur SELESA & BERPATUTAN

KIX Airport Lounge adalah pilihan yang baik sekiranya anda mahu bermalam di Kansai Airport bagi mengejar penerbangan awal pagi, bagi ketibaan lewat tengah malam, ketika anda telah terlepas bas atau keretapi terakhir atau sekiranya terdapat perubahan penerbangan. Berikut adalah lokasinya dan anda tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan untuk ke sini dan ianya beroperasi selama 24 jam:

Kansai Airport Lounge adalah seperti internet cafe namun ada pilihan untuk lebih privasi dan selesa iaitu dengan menempah bilik untuk kumpulan. Kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah percuma, berusia antara 3-11 tahun, bayaran 50% dari dewasa dan 12 tahun ke atas harga dewasa. Berikut adalah butiran harganya:

KIX Airport Lounge juga yang menawarkan minuman ringan dan kopi secara percuma, manakala minuman beralkohol dan makanan dikenakan bayaran. Berikut adalah antara kemudahan lain yang boleh anda dapati di sini:

Sekiranya anda mahu mandi, kemudahan bilik mandi juga ada disediakan di sini. Kemudahan bilik mandi juga dibuka kepada sesiapa yang tidak menempah untuk memasuki lounge ini dengan sedikit bayaran yang berbeza. Bagi yang menempah lounge harga untuk shower adalah sebanyak 310 yen dan bagi mereka yang tidak menempah untuk masuk lounge bayaran bilik mandi adalah 510 yen.

Kaunter masuk.

Open space.

Ruang persendirian.

Bilik untuk kumpulan japanese style sesuai untuk 4-8 orang.

Minuman ringan, kopi dan teh yang disediakan secara percuma.

Majalah yang juga disediakan di sini.

Sudut manga atau komik Jepun.

Shower room.

Powder room.

Antara amenities yang dijual.

Kid’s Room sekiranya masuk bersama anak dan pada masa yang dibenarkan sahaja.

Peringatan:

Antara jam 7:00PM-5:00AM tempat ini tidak menerima mereka yang berusia 16 tahun ke bawah sekiranga tidak ditemani penjaga.

Antara jam 10:00PM-5:00AM tempat ini tidak menerima mereka yang berusia 16 tahun ke bawah biarpun ditemani penjaga serta mereka yang berusia antara 16-18 tahun.

Ini bermakna, sekiranya di dalam kumpulan anda terdapat mereka yang berusia 18 tahun ke bawah, maka tempat ini tidak sesuai untuk anda bermalam, tetapi tiada masalah untuk masuk antara jam 5:00AM-7:00PM.

KIX Airport Lounge adalah seperti internet cafe dan kerana itu ia perlu mematuhi undang-undang tempatan yang telah ditetapkan bagi internet cafe yang tidak membenarkan mereka berusia 18 tahun ke bawah untuk masuk ke sini mengikut waktu-waktu tertentu.

Maklumat lanjut di sini:

http://www.kansai-airport.or.jp/service/relax/pdf/airportlounge_multi.pdf

http://www.kansai-airport.or.jp/en/service/relax/index.html

Pilihan lain?

https://first-cabin.jp/locationlist/kanku.html

Atau sila baca di sini:

https://shemazack.com/info-sekiranya-tiba-lewat-malam-di-kansai-airport-osaka/