Kobe Luminarie

Kobe Luminarie adalah pesta cahaya yang diadakan setiap tahun untuk memperingati peristiwa gempa bumi besar di Hanshin yang berlaku pada 17 Januari 1995 dan mengakibatkan lebih dari 6,000 kematian serta melebihi 100 bilion jumlah kerosakan.

Gambar di bawah diambil sejurus selepas berlaku gempa bumi besar Hanshin di Kobe, Hyogo pada tahun 1995.

Ramai yang hidup dalam kegelapan selepas kejadian gempa bumi besar ini kerana bekalan elektrik, gas dan air di potong dan pesta cahaya ini diadakan sebagai simbol harapan, pemulihan dan pembaharuan.

Asalnya, acara ini dirancang untuk diadakan sekali sahaja. Namun, kerana populariti dan permintaan yang tinggi, ianya menjadi acara tahunan.

Lampu-lampu ini telah didermakan oleh kerajaan Itali dan dinyalakan dengan menggunakan teknologi biomass untuk memastikan ianya mesra alam.

Pada tahun 2011, pameran khas diadakan semasa pesta Kobe Luminarie untuk mengutip derma bagi mangsa gempa bumi dan tsunami.

Gambar di bawah di ambil semasa tsunami di Miyako, Iwate pada tahun 2011.

Begitu juga pada tahun 2012, lukisan daripada kanak-kanak yang menjadi mangsa gempa bumi dan tsunami telah dijadikan tanglung semasa pameran khas ini.

Pada tahun 2017, pesta cahaya Kobe Luminarie akan diadakan pada 8-17 December 2017 dan tahun ini dijangka agak meriah kerana menyambut ulangtahun ke 150 Pelabuhan Kobe.

Akses: Motomachi Station atau Sannomiya Station

Masa:

6:00PM-9:30PM (Isnin-Khamis)

6:00PM-10:00PM (Jumaat)

5:00PM-10:00PM (Sabtu)

5:00PM-9:30PM (Ahad)

Video ini diambil pada tahun 2016:

Semoga tips ini membantu, terima kasih.