Kazutoshi Sakurai (Mr. Children)

Mr. Children adalah band Jepun yang lagunya menemani zaman saya belajar dulu dan masih aktif sehingga ke hari ini.

Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu mereka adalah merangkumi masalah sosial, alam sekitar, sains & teknologi dan lain-lain lagi.

Anak seorang tukang kayu, Kazutoshi Sakurai adalah seorang vokalis, gitaris dan komposer yang mencipta lagu-lagu untuk band beliau Mr. Children dan lagu-lagu ciptaan beliau memang tidak pernah menghampakan. Selain suaranya yang sedap didengar, lagu beliau membawa mesej yang penting.

Beliau adalah co-founder AP-Bank yang membiayai projek kecil sederhana dalam usaha go green. Beliau mengadakan konsert untuk meningkatkan kesedaran masyarakat selain mengumpul dana untuk projek ini. Kazutoshi Sakurai adalah genius dalam muzik.

http://www.thegrandline.com/odakazint.htm

Ini adalah salah satu dari lagu kegemaran saya, jom dengar.