Nachi Waterfall & Kumano Nachi Taisha

1. Nachi Waterfall (air terjun paling tinggi di Jepun dari punca yang sama)

2. Kumano Nachi Taisha (tersenarai dalam UNESCO-designated World Heritage Sacred Sites dan Pilgrimage Routes in the Kii Mountain Range of Japan)

Part 2

Nak ke Kumano Nachi Taisha dan ke Nachi Waterfall kena hiking sket. Saya rekomen untuk menginap di bandar onsen di Katsura dan mengambil bas di hadapan Kii Katsura Station ke Nachi Waterfall.

Pemandangan di area Kumano Nachi Taisha dan Kumano Waterfall memang awesome! Pokok2 yang besar dan tinggi dalam hutan, dan pemandangan air terjun dan juga sakura memang tidak mengecewakan setelah turun naik tangga dan gunung. Hiking di sini banyak tangga tapi x tinggi, alhamdulillah kami berdua dapat menamatkan course ini dan harini kami decide nak balik dan rehat awal sikit di hotel.

Kami terserempak 1 couple wargamas dari Malaysia tetapi dia mat salleh dan bini dia Jepun, Malaysia My 2nd Home (MM2H) program, “Malaysia Boleh!”, katanya sambil mendaki…😄

Jadual bas adalah seperti link di bawah:

http://www2.tb-kumano.jp/en/transport/pdf/Nachi-Kii-Katsuura-bus.pdf

Berhadapan station keretapi Katsura ni ada ashiyu iaitu onsen kecil untuk rendam kaki.

Antara pass yang boleh pakai di/sehingga area Kumano adalah:

http://touristpass.jp/en/ise_kumano

http://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/kansai_wide/