Naruto

Maksud naruto dalam bahasa Jepun.

1.Naruto Shippuden


Naruto yang biasa kita kenal adalah Naruto Shippuden. Nama asalnya Uzumaki Naruto, Uzumaki bermaksud pusar air (whirlpool) dan Naruto adalah nama bandar di Tokushima yang terkenal dengan pusar air.

2.Naruto ‘Whirlpool’ (pusar air)

Pasang surut air di Selat Naruto ini adalah antara 3 yang terbesar di dunia. Alirannya ke dalam selat yang sempit di antara Lautan Pasifik dan Inland Sea of Japan adalah punca terjadinya pusar air ini. Air pasang surut adalah paling deras ketika bulan purnama dan ketika masuk bulan baru pada setiap bulan, terutamanya pada musim bunga dan musim luruh, ketika ini boleh kedengaran pusar air menghasilkan bunyi yang kuat. Pusar air ini adalah yang sama telah dicat pada Ukiyoe, iaitu cetakan “woodblock” Jepun, lebih dari 150 tahun yang lalu. Pusar air Naruto boleh menjadi sehingga kira-kira 20m (66ft) diameter dan yang terbesar di dunia.

Cara melihat pusar air Naruto adalah:

1)Kanchosen, menaiki bot dan boleh lihat pusar air ini sehampir yang mungkin, beroperasi pada jam 8:00 pagi ke 4:30 petang dengan kos sebanyak dari 1550-2400 yen (dewasa), 780-1200 yen (kanak-kanak).

2)Uzu no Michi – Bridge Observation Deck, kos dewasa 510 yen, pelajar sek men 410 yen, pelajar sek ren 250 yen

3)Senjojiki Observatory sebelah Uzunomichi, kos percuma.

Maklumat lanjut di sini:

https://www.uzunomichi.jp

https://www.uzusio.com/en/

http://www.uzushio-kisen.com

3.Kamaboko


Fish cake yang terdapat corak whirlpool dan seni hias makanan yang dipotong dalam bentuk spiral. Kamaboko biasa dimakan bersama ramen, soba dan udon.

4.Wakame Naruto


Rumpai laut dan hasil dari Tokushima merupakan yang paling lembut antara semua wakame yang ada dan Tokushima adalah pengeluar wakame yang terbesar di Jepun.

Orang Jepun kata, kalau tulis Naruto dalam kanji perkataan Naruto 鳴門, maka adalah merujuk kepada nama bandar di Tokushima, dalam hiragana なるとadalah merujuk kepada kamaboko (fish cake) dan dalam katakana ナルトmerujuk kepada watak anime/manga.