Pekerjaan Adalah Amanah

Kebanyakan Orang Jepun bekerja demi amanah. Mak angkat saya berusia 67 tahun masih mengusahakan salon rambutnya.

Bila saya bertanya bila nak pencen? Dia kata selepas semua pelanggannya meninggal dunia atau dia yang meninggal dunia dahulu. Bila saya tanya dia kenapa macam tu? Dia kata
Jepun kekurangan orang muda dan sekiranya dia berhenti kerja, macam mana pelanggannya nak gunting rambut? Oleh itu dia masih menggalas amanahnya untuk menggunting rambut pelanggannya.

Sama ceritanya dengan stesyen keretapi ini yang masih beroperasi demi seorang pelanggan setianya iaitu seorang pelajar. Setelah pelajar itu tamat persekolahan disitu dan tidak menggunakan lagi perkhidmatan stesyen tersebut, stesyen itu ditutup.

 

Sila baca link berikut:

http://en.rocketnews24.com/2016/03/27/the-train-station-that-stayed-open-for-lone-school-girl-finally-closes-down/

https://www.facebook.com/tripbajet.my/posts/2016494571913183