Rahsia Kejelitaan Dewi Soekarno

Adakah wanita di dalam gambar ke-2 ini seperti berusia 74 tahun?

Beberapa hari yang lepas saya menonton rancangan Jepun di mana mereka telah menemuramah Dewi Soekarno bagi mendapatkan tips kejelitaannya yang akan saya kongsikan di sini.

Siapakah Dewi Soekarno?

Ratna Sari Dewi Soekarno ketika remaja adalah seorang geisha Jepun, lahir dari keluarga yang miskin dan nama asalnya adalah Naoko Nemoto di Tokyo, 6 Februari 1940.

Pada usia 15 tahun ia menjadi seorang geisha yang sangat anggun dan di usianya 19 tahun dipertemukan dengan Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan menikah pada tahun 1962 sebagai isterinya yang ke-5. Ketika Sokaerno menghadapi saat kegetiran untuk menyerahkan Indonesia kepada Soeharto, oleh kerana sayang kepada isterinya, Soekarno memerintahkan isterinya yang sedang hamil untuk lari dari Indonesia. Dewi Sokaerno membesarkan anaknya di Paris, Perancis.

Terdapat petikan surat cinta Soekarno yang sangat romantis untuk Dewi yang berbunyi, “Kalau aku mati, kuburlah aku di bawah pohon yang rindang. Aku mempunyai istri yang aku cintai dengan segenap jiwaku. Namanya Ratna Sari Dewi. Kalau ia meninggal kuburlah ia dalam kuburku. Aku menghendaki ia selalu bersama aku.”

Rahsia Kejelitaan Dewi Sukarno.

1) Kerap bersyukur

Dalam sehari, kita perlu berasa dan mengucapkan kata-kata syukur sekurang-kurangnya 10 kali. Contohnya apabila melihat langit yang biru, atau apabila kita masih hidup dan boleh menghirup udara, kita mesti berasa syukur. Menurut beliau, perasaan terharu dan gembira yang hadir semasa kita bersyukur ini akan mengaktifkan hormon dan kelenjar getah bening (lymph node atau nodus limfatik) berisi sel darah putih dan memiliki peranan penting dalam kemampuan tubuh untuk melawan virus, bakteria dan penyebab penyakit lainnya.

Menurut beliau, bersyukur ini lebih penting dari pemakanan dan senaman.

2) Makanan adalah ubat

Beliau sangat mementingkan pengambilan nutrisi yang cukup dan kita perlu tahu apa yang ada dalam makanan kita kerana ianya memberikan kesan kepada keadaan kulit, rambut dan juga organ-organ lain.

Beliau juga berpendapat bahawa doktor perlu memberikan preskripsi “makanan yang perlu diambil oleh pesakit” dan bukan sekadar preskripsi ubat sahaja.

Kata kunci kepada diet beliau adalah “magowayasashi” iaitu:

Ma : Mame (kekacang)

Go : Goma (Bijan)

Wa : Wakame (Rumpai Laut)

Ya : Yasai (Sayur)

Sa : Sakana (Ikan)

Shi : Shitake (Cendawan)

I : Imo (Ubi)

Beliau akan memastikan dalam sehari, kesemua elemen di atas ada dalam makanannya dan beliau menyediakan sarapannya sendiri. Beliau juga kurang makan daging, mungkin sebulan 1-2 kali sahaja.

2) Kerap bersenam

Kajian menunjukkan senaman dengan kerap boleh mengurangkan radang dalam badan yang membawa kepada proses penuaan.

Bersenam memberikan tenaga dan juga ibarat serum untuk kekal muda.

3) Elakkan pengambilan perisa tiruan, bahan yang tidak diketahui, gula, tepung dan garam (secara berlebihan).

“Refined carbohydrates” atau karbohidrat yang telah ditapis adalah makanan berasaskan tumbuhan yang mempunyai gandum yang diekstrak semasa pemprosesan.

Proses penapisan makanan bukan sahaja membuang serat (fiber), tetapi ia juga membuang banyak zat makanan termasuk B-kompleks vitamin, minyak sihat dan vitamin larut lemak. Ia semata-mata memberikan karbohidrat yang akan ditukar menjadi tenaga dan boleh menyumbang kepada diabetis.

Karbohidrat tertentu seperti yang terkandung dalam roti putih boleh menyebabkan jerawat dan merosakkan kolagen.

Pengambilan garam secara berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan mata panda (puffy eyes) dan dan kantung mata (eyebag).

4) Sikap yang positif dan ketenangan

Senyuman merehatkan otot muka dan menenangkan hati. Ketawa menyampaikan oksigen yang banyak kepada otak dan menghasilkan endorfin. Selain itu ketawa juga merendahkan tekanan darah, melegakan tekanan dan meningkatkan mood.

Mereka juga turut menjalanankan pemeriksaan kesihatan yang penuh ke atas Dewi Soekarno dan keputusan menunjukkan tulangnya adalah seperti wanita berusia 66 tahun, keseluruhan fizikalnya seperti wanita berusia 57 tahun dan kulitnya seperti wanita berusia 58 tahun. Buat pengetahuan semua juga, gigi beliau masih lengkap dan kesemuanya adalah gigi asal.

#eatclean

#RevAge

#GengNSC

#NoSugarChallenge