Rakuhaku Area, Kyoto Prefecture

Kawasan Rakuhaku yang terletak di timur laut (northeast) Kyoto pada suatu ketika dahulu adalah kawasan penempatan keluarga diraja yang telah pencen dan ramai juga para artisan yang menetap di sini serta mencipta suasana yang sofistikated, menarik dan tenang di sini.

Enkoji Temple

Mulakan trip ini dengan lawatan ke Enkoji. Enkoji adalah tapak asas sekolah Rakuyo yang telah banyak mencorakkan budaya Jepun dan telah dibina semasa pemerintahan shogun Tokugawa yang pertama iaitu Tokugawa Ieyasu pada tahun 1601.

Enkoji mempuyai taman yang cantik seperti Ju Gyu No Niwa (Garden of Ten Oxen) dan juga Bamboo Groove yang diilhamkan oleh Maruyama Okyo seorang pelukis yang sangat terkenal di Jepun dan pengasas sekolah seni Maruyama.

Di Enkoji juga terdapat beberapa elemen air seperti sui kinkutsu dan kolam air. Sambil melihat pemandangan di sini, kita mendengar bunyi titisan air yang jatuh.

Pokok maple banyak di sini menjadikan ianya tumpuan pelancong semasa musim panas untuk melihat pokok maple berdaun hijau dan semasa musim luruh untuk melihat pokok maple bertukar warna dan tanah yang berlantaikan dedaunan maple yang gugur ke bumi.

Bayaran: 500 yen

Waktu operasi: 9:00AM-5:00PM

Akses menaiki keretapi: Stesyen terdekat adalah Ichijoji Station di bawah Eizan Electric Way Main Line dan jarak ke Enkoji dari stesyen ini adalah kira-kira 1km atau 15 minit sekiranya berjalan kaki.

Akses menaiki bas: Menaiki bas nombor 5 dari Kyoto Station, turun di Ichijoji Sagarimatsucho, kemudian berjalan kaki kira-kira 10 minit.

Yasehieizanguchi

Nama Yase (八瀬) berasal dari (矢) belakang panah dan dikatakan semasa peperangan Onin, Putera Ohama yang menjadi Maharaja Tenmu kemudiannya, telah cedera akibat belakang badannya ditusuk anak panah musuh. Beliau telah berubat di sini menggunakan kama buro iaitu sauna dari dapur/periuk tanah.

Dari Ichijoji Station teruskan perjalanan menggunakan Eizan Electric Way Main Line dan turun di Yasehieizanguchi Station.

Dari sini anda boleh menaiki ropeway dan cable car Enryakuji yang terletak di Mt Hiei. Saya pernah menulis artikel berkenaan Enryakuji di bawah kategori Shiga Prefecture dan kali ini saya ingin menulis tentang kawasan Rakuhaku, Kyoto Prefecture sahaja.

Yasehieizanguchi juga menarik untuk dilawati ketika musim luruh dan ada sungai kecil di sini iaitu Takano River dan sesuai untuk piknik.

Sekiranya anda minat dengan lukisan, terdapat sebuah muzium lukisan koleksi Louis Icart iaitu seorang pelukis dari Perancis yang terkenal dalam seni dekorasi dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

Rurikoin

Untuk masuk ke Rurikoin anda perlu membeli tiket terlebih dahulu bernilai 2000 yen dan tiket ini adalah terhad supaya tidak berlaku kesesakan di sini. Jualan tiket bermula pada jam 9:30 pagi dan sila datang awal bagi mendapatkan tiket ini.

Rurikoin adalah sebuah kuil, namun anda boleh melawatnya bagi melihat contoh terbaik seni taman Jepun dan hanya dibuka kepada umum semasa musim bunga dan musim luruh sahaja.

Momiji no Tonneru or Autumn Tunnel

Dari Yasehieizanguchi Station tukar keretapi di Takaragaike Station dan menaiki keretapi menghala ke Kurama. Anda akan melalui Momiji no Tonneru atau autumn tunnel di antara Ichihara Station dan Ninose Station sepanjang 250 meter.

Keretapi akan bergerak perlahan di antara stesyen ini supaya kita boleh menikmati keindahan dedaunan pokok-pokok yang berwarna merah, hijau dan kuning.

Ketika musim luruh, pada hari tertentu terdapat lite up pada waktu malam di sini.

Terdapat keretapi yang istimewa bernama Kirara yang melalui stesyen ini dan mempunyai kerusi menghadap tingkap dengan tingkap yang lebar dan memberikan kita pemandangan yang luas.

Kurama

Setelah melalui Momiji No Tonneru, teruskan perjalanan dan turun di Kurama Station.

Ada legenda lama Jepun yang menceritakan bahawa terdapat perkampungan orang kerdil yang dikenali sebagai Tengu di gunung Kurama ini. Keluar sahaja dari Kurama Station, anda akan melihat patung yang melambangkan Tengu ini.

Di sini anda akan melihat sebuah pekan kecil dengan jualan cenderahati, sebuah temple yang terkenal iaitu Kuramadera serta kawasan onsen atau kawasan hot spring.

Dari pagar utama atau sanmon, anda boleh menaiki cable car selama 2 minit sahaja atau berjalan kaki selama 30 minit untuk sampai ke Kuramadera dan kos sehala cable car ini cuma 100 yen sahaja. Bayaran masuk Kuramadera adalah 300 yen sahaja.

Nama cable car ini adalah Ushiwakago bersempena nama asal Minamoto No Yoshitsune iaitu Ushiwakamaru yang dikatakan telah menetap dan menjalani latihan di Kuramadera ini semasa beliau masih kecil. Oleh kerana tidak minat untuk menjadi seorang sami, maka beliau telah melarikan diri dari kuil ini. Minamoto No Yoshitsune adalah salah seorang pahlawan samurai Jepun yang digeruni dan terkenal semasa eranya. Terdapat beberapa catatan sejarah Jepun dan China yang mengatakan beliau tidak melakukan seppuku (ritual bunuh diri seorang pahlawan), sebaliknya telah melarikan diri ke Hokkaido dan seterusnya ke Asia dan dikenali sebagai Genghis Khan. Antara buktinya adalah seperti simbol Genghis Khan yang sama seperti simbol milik keluarga Yoshitsune.

Pemandangan dari atas di kawasan Kuramadera.

Kurama-Kibune Kinone Michi

Kepada peminat hiking, ini adalah option terbaik untuk ke Kibune melalui Kurama tanpa perlu patah balik ke Kurama Station dan menaiki keretapi ke Kibuneguchi Station dan menaiki bas ke Kifune Jinja.

Setelah menaiki cable car dan sampai di Kuramadera, teruskan sahaja perjalanan melalui hiking trail yang dinamakan Kinone Michi dan perjalanan selama 30 minit secara santai hingga ke Kifune Jinja.

Kifune Jinja dan Kawadoko

Bayaran masuk Kifune Jinja adalah 300 yen sahaja.

Setelah menuruni anak tangga dari Kifune Jinja ke bawah, berjalan sehingga anda jumpa kawasan restoren yang terletak di tepi sungai dan dikenali sebagai Kawadoko yang bermaksud sungai “kawa” dan lantai “doko”. Kebanyakan restoren dibuka pada musim panas, namun masih juga ada yang beroperasi semasa musim luruh.

Dari sini anda boleh mengambil bas untuk ke Kibuneguchi Station dan menaiki keretapi semula untuk pulang.

Pass yang anda boleh gunakan di sini adalah seperti:

1) Kansai Thru Pass

http://www.surutto.com/tickets/kansai_thru_english.html

2) Kurama & Kibune Bus/Eiden Day Trip Ticket

http://www.keihan.co.jp/traffic/valueticket/global/en/pdf/kyoto-kurama_kibune-bus_eiden-201704.pdf

3) Kurama/Kibune 1 Day Ticket

http://www.keihan.co.jp/traffic/valueticket/global/en/pdf/kyoto-kurama_kibune1dayticket-201704.pdf

Semoga tips ini membantu, terima kasih.