Sandankyo, Hiroshima

Sandankyo yang terletak kira-kira 75 minit perjalanan dari bandar Hiroshima merupakan jurang yang dikatakan paling cantik di Jepun.

Terdapat 6 jurang yang dimasukkan dalam kategori “Special Places of Scenic Beauty (Ravines and Valleys)” di Jepun iaitu Sandankyo (Hiroshima), Dorokyo (Wakayama), Kurobe Gorge (Toyama), Kamikochi (Nagano), Mitake Shosenkyo Gorge (Yamanashi) dan Oirase Gorge (Aomori). Sandankyo adalah wakil tunggal bagi wilayah Chugoku, Shikoku dan Kyushu.

Pengalaman ke sini amat menarik terutamanya bagi yang meminati alam semulajadi dan hiking. Terdapat route untuk level beginner kerana anak saya berusia 4 dan 9 tahun ketika ini dapat menamatkan kembara ini dengan jaya. Terdapat juga route yang lebih mencabar.

Ini adalah trek di Sandankyo bagi level beginner. Kasut yang sesuai amat diperlukan dan anda harus memeriksa samada route ini dibuka atau tidak kerana sekiranya terdapat pokok tumbang, tanah runtuh dan cuaca buruk, trek akan ditutup.

Hiking semasa musim luruh di dalam kawasan begini adalah paling menyeronokkan kerana kita menghidu udara yang segar sambil memijak daun-daun luruh, melihat pemandangan pokok dengan pelbagai jenis warna dedaunannya, mendengar bunyi anak sungai dan air terjun, kicauan burung dan suhu semasa ini yang tidak terlalu panas atau sejuk membuatkan kita kurang penat dan rasa lebih tenang sepanjang pengembaraan.

Trek di sini bagus tetapi ada juga yang sukar dan bahaya mengikut jenis route yang dipilih.

Dalam pengembaraan ini kita akan melalui sungai, air terjun, jurang air dan gua. Saya syor habiskan masa 1 hari di sini dan nikmati Sandankyo dengan lebih puas dan tenang.

Air Terjun Sandantaki ini akan diketemui selepas 2 jam 30 minit perjalanan berjalan kaki.

Kita akan melalui gua seperti ini sebanyak 2 kali.Nagabuchi ini terletak tidak berapa jauh dari tempat permulaan perjalanan. Air terjun ini, batunya berwarna merah.

Meotobuci (Jurang Air Suami Isteri) nama diberi kerana bentuknya seperti labu air ada sepasang bulatan kecil dan besar dan kelihatan sebagai pasangan.

Kita juga akan berpeluang merasai perjalanan singkat menaiki sampan yang dikayuh secara manual, makan ikan ayu dan ada onsen ryokan juga bagi sesiapa yang berminat untuk memasuki onsen atau bermalam di sini.

Bot ni ada enjin, tapi dikayuh secara manual. Round-trip sampan di Kurobuchi dan satu lagi lokasi di Sarutobi ini tambangnya cuma 500 yen/dewasa.

Ikan Ayu (sweetfish) yang dilumur dengan garam dan dibakar menggunakan arang, hati-hati ketika makan kerana ikan ini banyak tulang halus, namun sedap kerana rasanya manis.

Ini pula adalah “Yaki Dango” yang diperbuat dari tepung mochi (tepung beras) dan dibakar menggunakan arang.

Restoren yang menjual Ayu No Shio Yaki (ikan ayu bakar) setelah menyeberangi Kurobuchi dengan menaiki sampan.

Bagaimana nak ke Sandankyo?

Sekiranya anda merancang untuk ke Hiroshima dan Kansai, saya cadangkan beli pass Kansai-Hiroshima Area Pass dan tiket bas pergi dan pulang dari/ke Sandankyo perlu dibeli sendiri di Hiroshima Bus Center.

https://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/kansai_hiroshima/

Dari Hiroshima, anda boleh menaiki kereta sewa, teksi (mahal) dan bas (bajet). Bas boleh dinaiki di Hiroshima Bus Center (Bus Stop No.7, tambang 1440 yen/dewasa) dan ada 2 waktu yang boleh kita ambil bas di JR Hiroshima Station. Sila refer jadual di bawah:

Berikut adalah hiking map dan lokasi di mana anda boleh menaiki sampan:

Maklumat lanjut, sila layari:

http://akioota-navi.jp/en/access.html

Semoga tips ini membantu, terima kasih.