Tama, Kucing Yang Telah Menyelamatkan Sebuah Stesen Keretapi

Rentetan kemelesetan ekonomi yang berlaku, ramai pekerja yang dibuang pekerjaan serta mengakibatkan kemerosotan jumlah pengguna keretapi di Kishigawa Line, Wakayama.

Toshiko Koyama adalah seorang peniaga kedai runcit dan perniagaan beliau turut terjejas akibat kemelesetan ekonomi ini dan menyebabkan beliau membuat pekerjaan part time secara sukarela sebagai Pengurus Stesen Keretapi di Stesen Kishi, Wakayama.

Stesen Kishi hampir-hampir ditutup pada tahun 2004 kerana masalah kewangan yang teruk akibat kekurangan pelanggan.

Toshiko Koyama menjaga seekor kucing betina yang terbiar di Stesen Kishi yang beliau namakan sebagai Tama dan dilahirkan pada tahun 1999 di Kinokawa, Wakayama. Tama dibesarkan bersama sekumpulan kucing terbiar lain yang menetap berhampiran Stesyen Kishi.

Tama dan kucing-kucing terbiar ini kerap diberi makan oleh Toshiko Koyama, para penumpang yang menggunakan stesen ini serta penduduk sekitar Stesen Kishi ini.

Para penduduk berhampiran dan pengguna Stesen Kishi telah membuat rayuan dan bantahan agar Stesen Kishi terus beroperasi seperti biasa dan akhirnya keputusan untuk menutup stesen itu ditarik balik kerajaan dan ianya kekal dibuka sehingga kini.

Pada bulan April 2006, Syarikat Railway Electric Wakayama telah menutup semua stesen di Kishigawa Line untuk mengurangkan kos pengurusan. Pemilihan Pengurus Stesen telah dibuat di kalangan penduduk setempat yang terdiri daripada pekerja dan peniaga kecil-kecilan berhampiran setiap stesen di Kishigawa Line. Toshiko Koyama telah dilantik secara rasmi sebagai Pengurus Stesen Kishi Pada 5 Januari 2007.

Para pegawai Stesen Kishi juga telah memutuskan untuk secara rasminya untuk melantik Tama sebagai Master Station (Kapten Stesen).

Sebagai Master Station di stesen utama di Kishigawa Line, tugas utama beliau adalah untuk menyambut penumpang dan gaji bulanan beliau merupakan makanan kucing.

Selepas lantikan Tama dan beberapa ekor kucing lain sebagai pembantunya, jumlah pengguna Kishigawa Line telah meningkat sebanyak 10%.

Setelah 2 tahun setengah, Tama dinaikkan pangkat sebagai Super Station Master dan Tama diberikan uniform khas iaitu sebuah topi khas yang lazimnya dipakai oleh seorang Station Master, sebuah pejabat kecil dan juga booth untuk kutip tiket.

Pada tahun 2010, Tama dinaikkan lagi pangkat sebagai Pegawai Operasi disamping tugas hariannya untuk menjaga stesen yang semakin menjadi tumpuan pelancong domestik dan juga luar negara. Tama telah memberikan keuntungan kepada Syarikat Railway Electric Wakayama sebanyak 1.1 bilion yen dan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.

Terdapat 2 buah keretapi yang dinamakan sempena nama beliau dan pada tahun 2012, Nitama telah dilantik sebagai pembantu beliau yang bersedia untuk menggantikan tempatnya apabila tiba masanya nanti.

Nitama adalah dari Okayama Prefecture dan beliau adalah kucing yang diselamatkan di bawah gerabak keretapi dan telah dipelihara oleh Syarikat Okayama Railway dan dilatih di Stesen Idakiso sebelum diambil sebagai perintis kepada Tama.

Pada 22 Jun 2015, Tama telah pergi meninggalkan Kishi Stesen buat selama-lamanya kerana kegagalan jantung pada usia 16 tahun iaitu bersamaan usia 80 tahun bagi seorang manusia.

Pengkebumian beliau dibuat dengan cara terhormat dalam istiadat agama Shinto. Terdapat sebuah kuil kecil dibina di Stesen Kishi sebagai memperingati jasa Tama.

Sehingga kini masih ramai orang yang berkunjung ke Kishi Station.

Apa tarikan di Kishigawa Line dan Stesen Kishi? Sila baca dalam artikel seterusnya.