Tempat Untuk Melihat Tuna Auction dan Tuna Cutting Show di Jepun

Memotong dan menyediakan ikan tuna atau maguro adalah amalan tradisi orang2 Jepun zaman berzaman dan diperturunkan ilmunya dari generasi ke generasi supaya amalan ini tidak pupus ditelan dek zaman. Di Jepun ada pertubuhan dan akademi untuk belajar cara penyediaan maguro.

Bayangkan maguro yang beratnya melebihi 100kg ini dengan dagingnya yang kental di potong menggunakan skill dan tool oleh mereka yang pakar sahaja, hebat kan? Mereka ini digelar sebagai maguro meijin.

Maguro yang dipotong ini tidak di dingin-bekukan, terus sahaja di potong kepada beberapa bahagian seperti otoro (fatty tuna) dan chu toro (mid fatty) dan dihidangkan dalam bentuk sashimi atau sushi serta siap untuk dimakan.

Namun, untuk melihat tuna cutting show atau maguro kaitai adalah tidak semudah yang disangka kerana bukan semua tempat ada. Acara tuna cutting show biasanya dibuat di majlis perkahwinan, majlis-majlis istimewa anjuran kerajaan, syarikat dan persendirian terutamanya ketika meraikan kemenangan atau hari istimewa dan pada pesta-pesta tertentu.

Tuna auction di Katsuura Fish Market, Wakayama

Terletak di Nachikatsuura yang merupakan pengeluar maguro terbesar di Jepun.

Masa & hari: 7:00AM setiap hari biasa

Pasar tani ikan : 8:00-11:00AM hari Ahad

Akses: Ambil JR Kisei Main Line ke Kii Katsura Station dan jalan kaki dalam 3 minit ke pasar ikan ini.

Tuna auction di Tsukiji Market, Tokyo

Sekiranya anda ingin melihat proses tuna auction, anda harus berada di pasar ini sebelum jam 3 pagi untuk berbaris bagi mendapatkan nombor kerana mereka hanya membenarkan 60 orang sahaja masuk dalam 1 sesi dan terdapat 2 sesi iaitu pada jam 5:50-6:05 pagi dan 6:05-6:20 pagi (ini adalah jadual yang baru ditukar sejak 27 Julai 2017).

Ini adalah tempat untuk pendaftaran bagi sesiapa yang nak mengikuti tour percuma tuna auction yang terletak di Tsukiji Market. Kalau nak pastikan anda memang dapat masuk pada musim yang ramai pelancong, datang seawal jam 1 pagi atau bayar private guide yang tahu cara dan masa untuk datang ke sini. Ini adalah syarat-syaratnya:

Tsukiji Market tutup pada setiap hari Ahad dan hari-hari tertentu terutamanya pada hari Rabu. Oleh itu pastikan anda semak dulu kalendar pasar ini di kalendar di bawah:

*kotak warna merah adalah cuti

http://www.shijou.metro.tokyo.jp/calendar/2017/

Di mana untuk melihat tuna cutting show di Tokyo:

1) Tsukiji Sushi Ichiban, Tsukiji Outer Market

Alamat: 4-8-6 Tsukiji Chuo-ku, Tokyo, 104-0045 Japan

Hari: Sabtu dan Ahad

Masa: bermula jam 10AM

2) Urikirigomen! Mainichi Kaitai Maguro Shoten

Alamat: B1F 1-23-14, Kabukicho, Shinkuku-ku, Tokyo, 160-0021 Japan

Hari biasa & masa: bermula 7:30PM

Hari Sabtu, Ahad & cuti: bermula 6:30PM

*pada hari Isnin all you can eat tiada tuna cutting show

Bayaran: 1200 yen (otoro sashimi), 1500 yen (chu toro dan otoro). Harga tidak termasuk tax.

3) Osakano Honpo Taiko Chaya

Alamat: B1F 2-3-2 Nihombashibakurocho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0002 Japan

Hari: setiap hari

Masa: bermula jam 7:30PM

Di mana untuk melihat tuna cutting show di daerah Kansai

1) Kuroshio Ichiba, Marina City, Wakayama

Saya memang rekomen tempat ni kerana setiap hari ada 3 kali tuna cutting show, ada theme park ala Eropah iaitu Porto Europa, onsen, gerai buah-buahan tempatan dan ini adalah kampung saya.

Hari: Setiap hari

Masa: 11:00AM, 12:30PM dan 3:00PM

Akses: seperti rajah di bawah

Maklumat lanjut boleh baca di sini:

http://www.marinacity.com/eng/ichiba/

*Jepun dan tuna jenis bluefin memang ada kontroversi kerana Jepun adalah merupakan negara terbesar yang menangkap, mengimport dan konsumer utama bluefin tuna iaitu sejenis spesis ikan yang semakin terancam populasinya dan bluefin tuna ini digelar sebagai diamond of the sea kerana harganya pernah mencecah sehingga USD1.76 juta semasa tuna auction dan rekod beratnya pernah mencecah sekitar 680kg dengan ketinggian sekitar 458cm.

Namun pelbagai usaha telah dijalankan seperti mengurangkan penangkapan, memindahkan lokasi tangkapan, mengimport dari negara luar, projek farming bluefin tuna dan sebagainya.

Semoga tips ini membantu, terima kasih.