Tiket Shinkansen Murah (one-way) Dengan Menggunakan Puratto Kodama

Sekiranya itinerari anda tidak memerlukan anda untuk membeli JR Pass terutamanya untuk yang perjalanan one-way diantara Tokyo dan Shin-Osaka (kalau 2 ways saya rekomen ambil sahaja JR Pass) tetapi anda ingin juga merasai pengalaman menaiki shinkansen (bullet train) untuk perjalanan antara Tokyo-Shin Osaka (vice versa), atau stesyen lain di line ini seperti Shin-Yokohama, Shizuoka, Hamamatsu, Nagoya dan Kyoto, saya rekomen untuk beli Ticket Puratto Kodama.

Apa itu tiket Puratto Kodama?

Kodama adalah nama bagi shinkansen yang melalui segmen Tokyo-Shin Osaka tetapi yang paling perlahan antara shinkansen yang ada di segmen ini seperti Nozomi dan Hikari kerana Shinkansen Kodama akan berhenti di lebih banyak stesyen. Shinkansen Kodama dari Tokyo ke Shin Osaka makan masa selama 4 jam iaitu lewat 1.5 jam berbanding Nozomi dan 1 jam berbanding Hikari.

Shinkansen Kodama ini cuma berbeza dari segi masa perjalanan yang diambil dan hentiannya, selain itu ianya sama sahaja dengan shinkansen lain seperti dari segi interior dan fasilitinya. Puratto Kodama (Platt Kodama) adalah pakej ekonomi bagi Shinkansen Kodama.

Kebaikan tiket Puratto Kodama adalah:

1) Jimat sehingga 4150 yen bagi segmen Tokyo-Shin Osaka Station, 3810 yen bagi segmen Tokyo-Kyoto dan 2990 bagi segmen Tokyo-Nagoya.

2) Harga adalah termasuk “seat reservation” dan anda boleh memilih tempat duduk yang diingini seperti di aisle atau tepi tingkap atau mahu sebelah pasangan tanpa perlu rebut seat seperti menaiki tren non-reserved seat.

3) Kodama mempunyai banyak juga masa perjalanan dan anda boleh pilih mana yang sesuai.

4) Anda akan dihadiahkan kupon voucher minuman percuma dan boleh redeem minuman dari gerai-gerai di tepi track shinkansen sebelum menaiki shinkansen.

5) Anda boleh merasa menaiki gerabak yang premium atau Green Car yang lebih selesa dan luas dengan aturan kerusi 2-2 bukan 2-3 seperti di gerabak biasa atau Ordinary Seat dengan bayaran yang murah iaitu 1000 yen sahaja bagi segmen Tokyo-Nagoya dan 1500 yen bagi segmen Tokyo-Shin Osaka.

Bila nak beli tiket Puratto Kodama?

Puratto Kodama boleh dibeli sebulan sebelum tarikh perlepasan sehingga sehari sebelum tarikh perlepasan. Pembelian pada hari perlepasan tidak dibenarkan.

Di mana nak beli tiket Puratto Kodama?

Tiket Puratto Kodama sebenarnya adalah pakej dan sebab itu anda tidak boleh membelinya di kaunter atau stesyen JR biasa, tetapi hanya di jual di agensi seperti JTB yang terpilih, JR Tokai Tours seperti di link ini dan gambar di bawah:

https://st-direct.jp/en/shop/

*Pembelian melalui internet hanya untuk mereka yang mempunyai alamat di Jepun dan pembelian melalui telefon adalah dalam bahasa Jepun, tetapi boleh cuba kemungkinan ada bantuan dari staf yang boleh berbahasa Inggeris.

Kos tiket Puratto Kodama adalah berlainan untuk gerabak biasa (ordinary car) dan gerabak premium (green car) serta berubah juga mengikut regular dates dan busy dates seperti berikut: