Tohoku Highway Bus Ticket

Sesiapa yang nak travel ke area Tohoku seperti Aomori, Akita, Iwate, Yamagata,Miyagi, dan Fukushima dengan kos yang murah, boleh beli voucher Tohoku Highway Bus Ticket (Pass 4 hari 10,000 yen dan Pass 7 hari 13,000 yen) di sini:

https://japanbusonline.com/Tohoku/

Penukaran voucher boleh di buat di beberapa tempat dalam area Tohoku ini dan boleh rujuk di sini:

https://japanbusonline.com/CourseDetail/index/10402880001#ExchangeS

Boleh buat online reservation juga dan ada route yang tidak memerlukan online reservation.

Saya rekomen mulakan perjalanan dari Sendai Airport. Sekiranya nak mulakan perjalanan dari area lain pun boleh, cuma pass ini cover area Tohoku sahaja.

Tohoku memang menjadi impian saya kerana:

1) Less traveled route, kebaikannya tidak perlu berebut nak ambil gambar.

2) Untouched nature, penduduk kurang menjadikan alam semulajadinya terpelihara dan pemandangannya memang menakjubkan.

3) Kaya dengan budaya dan perayaan yang disambut sejak zaman berzaman.

4)Kos penginapan dan makan juga agak murah berbanding kawasan bandar yang pesat membangun.

5) Zaman belajar dulu saya pergi touch n go sahaja, so memang tak puas dan membuatkan saya terpanggil2 nak ke sana semula, insya-Allah one fine day…

Semoga tips ini membantu, terima kasih.