Tottori Sand Dunes & The Sand Museums

Tottori Prefecture berkongsi sempadan dengan Hyogo, Okayama, Hiroshima dan Shimane Prefecture.

Tottori Sand Dunes

Tottori Sakyu adalah tempat lawatan paling terkenal di sini dan merupakan padang pasir terbesar di Jepun iaitu kira-kira 16km panjang (di sepanjang Laut Jepun) dan 2km lebar dengan ketinggian 50 meter. Ianya adalah sebahagian dari Sanin Kaigan National Park.

Padang pasir ini terbentuk hasil ribuan tahun kesan pasir Sungai Sendaigawa yang dibawa oleh ombak dan arus ke laut dan hasilnya ia terus kekal di sepanjang pantai ini. Seterusnya, pasang surut air dan angin kuat di pesisiran pantai telah memberikan lanskap seakan padang pasir.

Anda juga boleh menaiki unta di sini dengan kos sekitar ¥1300 (seorang) atau ¥2500 (2 orang).

Akses:

1) Menaiki bas di Tottori Station dan turun di Tottori Sakyu (20 minit, ¥370)

2) Menaiki Kirin Jishi Loop Bus di Tottori Station dan turun di Tottori Sakyu (¥300/sehala atau ¥600/pass 1 hari)

The Sand Museum

Terletak tidak jauh dari Tottori Sakyu, muzium ini mempamerkan arca hasil seni daripada artis seluruh dunia.

Pameran akan bertukar setiap tahun dan anda boleh melihatnya pada pertengahan April sehingga awal Januari. Antara waktu pameran lama ke pameran baru, muzium ini akan ditutup untuk memberikan laluan kepada para artis menghasilkan arca yang baru.

Waktu operasi: 9:00AM-6:00PM (sehingga 8:00PM pada hari Sabtu)

*tutup antara waktu pameran lama dan baru iaitu awal Januari-pertengahan April

Bayaran masuk: ¥600

Akses:

1) Menaiki bas di Tottori Station dan turun di Tottori Sakyu (20 minit, ¥370)

2) Menaiki Kirin Jishi Loop Bus di Tottori Station dan turun di Tottori Sakyu (¥300/sehala atau ¥600/pass 1 hari)

http://www.sand-museum.jp