Yasukuni Shrine

Lawatan ke Yasukuni Shrine memang sering bakal menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai ahli politik dan artis seperti Justin Bieber yang telah membuat lawatan ke sini telah diboikot serta konsertnya di China telah dibatalkan. Kenapa lawatan ke Yasukuni Shrine selalu mengundang kritikan dan protes?

Yasukuni Shrine yang terletak di Tokyo, Jepun adalah kuil agama Shinto dan dibina untuk memperingati lebih dari 2,466,000 tentera Jepun dan mereka yang telah berkhidmat bagi membela Maharaja Jepun sejak tahun 1869.

Ketika peperangan, tentera Jepun sering berjanji untuk “bertemu semula di Yasukuni” sebelum mereka mati. Bagi penganut agama Shinto, roh yang mati akan menjadi roh suci/tuhan/wali suci.

Pengumpulan (Enshrinement) Yasukuni Shrine telah memberikan pengiktirafan bahawa mereka ini telah mengorbankan kehidupan mereka demi raja dan negara serta bertujuan untuk menghormati kematian mereka.

Di Yasukuni Shrine juga terdapat Muzium Perang (Yushukan) yang dibina khas untuk memperingati Perang Dunia Kedua.

Kuil ini menjadi kontroversi antarabangsa kerana telah mengiktiraf seramai lebih kurang 1000 penjenayah Perang Dunia Kedua yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Selepas Perang Dunia Kedua termasuk 14 orang yang dikategorikan sebagai penjenayah “Kelas A” Perang Dunia Kedua.

Yasukuni Shrine tidak menimbulkan sebarang isu sehinggalah dalam satu acara rahsia pengumpulan (enshrinement) penjenayah perang Kelas A ini di Yasukuni Shrine pada tahun 1978 selepas kategori kelayakan khas yang baru dicipta untuk ‘mangsa’ tribunal jenayah perang antarabangsa.

Siapakah 14 orang itu? Boleh baca di link ini:
http://www.telegraph.co.uk/…/Yasukuni-Shrine-the-14-Class-A…

Setiap tahun, apabila musim panas mencapai puncaknya, Yasukuni Shrine memasuki silau sorotan media sekali lagi. Isunya adalah sama: Adakah perdana menteri atau anggota kabinet yang lain akan melawat tempat suci ini pada 15 Ogos, sebagai memperingati ulangtahun penyerahan Jepun dalam Perang Dunia II?

Yasukuni Shrine

Aksess: Kudanshita Station

Waktu dibuka: 6:00AM-6:00PM (sehingga 5:00PM dari November ke February)

Bayaran masuk: Percuma

Yushukan Museum

Aksess: Kudanshita Station

Waktu dibuka: 9:00AM-4:30PM (waktu terakhir untuk masuk adalah 30 minit sebelum ditutup)

Bayaran masuk: 800 yen

http://www.yasukuni.or.jp/english/