Yosakoi

Yosakoi mula diperkenalkan di Kochi Prefecture pada tahun 1954 untuk menaikkan semangat orang Jepun. Selepas perang, semangat orang Jepun jatuh dan lemah dan tarian yosakoi telah menyatukan dan menaikkam semangat mereka kembali.

Pada masa kini, acara tahunan yang terkenal di kalangan muda-mudi terutamanya pelajar universiti yang menyertainya, beberapa pasukan akan ditubuhkan untuk bersaing memenangi tempat teratas. Terdapat pasukan yang mempamerkan persembahan mereka dengan muzik bersemangat, kostum yang berwarna-warni, dan pergerakan yang synchronised.

Kostum yang biasa dipakai adalah “yukata,” iaitu kimono musim panas yang kasual dan beberapa kostum tradisional Jepun dan juga jaket direka khas untuk dipakai ketika tarian dan pesta ini. Penari dilihat memegang percussion yang dipanggil “naruko”. Orang ramai atau terdapat audio yang menyanyikan lagu yang dipanggil “Yosakoi Naruko Dancing.”

Yosakoi juga dibuat di luar negara untuk memperingati dan meraikan persahabatan negara Jepun dan partnernya termasuk Malaysia yang biasanya diadakan di Pulau Pinang pada bulan Julai.

Kalau anda berminat, dan berada di Tokyo, Jepun pada masa di bawah, silakan hadir dan sama2 rasai kebangkitan semangat orang Jepun ini.

1)Super Yosakoi Festival 2017
Tarikh: 26 Ogos–27 Ogos, 2017
Sabtu: 10:00am – 8:00pm
Ahad: 10:00am – 5:30pm
Tempat: Yoyogi Park Yoyogi Park Events Square
Bayaran: Percuma

2)Tokyo Yosakoi Contest
Tarikh: 7 Oktober-8 Oktober, 2017
Tempat: Ikebukuro Station